Friday, December 31, 2010
2011.
Gua semakin dekat dengan mati.
Thursday, December 30, 2010
Leizer.
Tuesday, December 21, 2010
Si Gadis Berbaju Kuning.
Sebelum bertolak gua kena hafal peribahasa banyak-banyak.
Thursday, December 16, 2010
Please Remind Me.
Gua tak sedar jauh mana gua jalan. Gua hanya tersedar bila sampai di terowong highway Karak. Tiba-tiba awek gua menyapa gua dari tempat duduk penumpang di sebelah kiri gua.
"hoi, jauh termenung?"
Gua sedikit terperanjat. Nasib baik gua jenis terperanjat yang tenang dan cool. Kalau tak mungkin juga gua sama awek gua arwah itu jam jugak.
"Tengah fikir pasal bisnes."
Gua menipu dengan tenang. Tiba-tiba mata gua diterjah oleh satu cahaya yang silau. Mungkin kerana agak lama gua berada di dalam terowong tadi.
"Awak lap.."
Soalan tersebut tak sempat gua habiskan bilamana awek gua yang duduk di tempat duduk penumpang di sebelah kiri gua hilang lenyap dari fokus mata gua. Serta-merta gua sedar gua hanya berkhayal pasal awek gua.
Gua tengah sedap-sedap baring atas karpet mahal yang baru gua beli bila tetiba awek gua menerjah masuk dengan membawa Scrabble.
"Awak, jom main! Kali ni mesti saya menang!"
Kata awek gua dengan penuh semangat. Gua sebagai lelaki sejati mana pernah tolak sama cabaran-cabaran, walaupun cabaran yang remeh seperti itu. Gua pernah dapat jolokan juara Scrabble masa di kolej dulu. Ada hati awek gua nak kalahkan gua. Huh.
"Tak aci! awak main tipu!"
Bentak awek gua setelah kalah dengan teruk di tangan gua. Siap baling bantal lagi. Gua dah cakap, lu orang tak nak percaya. Awek gua dengan muka panas bangun dan terus keluar dari ruang tamu. Aduh, nak kena pujuk pulak. Gua memang fail bab-bab ni. Nak tak nak, gua terpaksa bangun, pergi menunaikan kewajipan dan tanggungjawab gua sebagai pakwe yang mithali.
Gua cari awek gua kat depan, tiada. Gua mengalih arah ke taman belakang. Sudah gua agak, dia ada di situ. Gua duduk sebelah awek gua. Muka awek gua masih lagi masam, kelat, sampai gua dah tak sanggup nak tengok. Gua pun capai gitar kat sebelah gua. Macam mana gitar tu ada kat situ pun gua tak tahu. Gua main lagu Metallica. Maklumlah, gua kan rocker. Tapi nampaknya awek gua tak berapa minat Metallica. Gua boleh cam dari muka awek gua yang makin masam. Ikut hati mahu saja masuk pekena tidur dalam bilik, tapi apakan daya, dia saja buah hati gua. Gua tukar strategi. Gua main lagu Teddy Geiger, walaupun suara gua lagi sedap dan macho dari si Teddy Geiger tu. Gua siap goreng lagi depan awek gua dengan gaya yang macho. Nah, strategi yang baik akan menghasilkan keputusan yang baik. Awek gua dari masam terus tepuk tangan terkinja-kinja. Hai, nasib baik awek gua.
Malam tu gua dengan awek gua tengok televisyen di rumah. Keluar pulak cerita P. Ramlee. Gua dengan awek gua layan sambil makan roti butterscotch betul-betul sedap. Tengah khusyuk gua layan P. Ramlee, awek gua mengada-ngada nak pakai jam tangan gua. Woi jam Swatch ni, mahal tau! Tapi sebab gua pakwe yang baik dan hensem, gua pun bagilah. Siap pakaikan lagi. Gua memang terbaik.
Tiba-tiba tanpa elemen kejutan, awek gua keluarkan sebuah kotak warna krim kalau tak silap gua. Maklumlah, lampu gua tak pasang, yang ada hanya cahaya daripada televisyen gua. Duduk dengan awek kena romantik sikit.
"Surprise!"
Kata awek gua dengan eksaited teramat. Gua bukak kotak tu, di dalam ada sebuah jam poket warna perak.
"Fuiyo!"
Gua buat-buat eksaited sekali, sebagai menghargai hadiah yang awek gua penat-penat beli tu. Lu orang ingat murah jam poket tu? Perak tu. Tapi tak taulah kalau awek gua beli jam tu kat Downtown Cheras. Tapi gua peduli apa.
Hari sudah malam. Akhirnya gua sampai ke rumah awek gua. Seksa betul nak sampai rumah awek gua ni. Tapi sebagai pakwe, gaduh macam mana sekalipun, gua tetap kena pujuk, kan? Dengan doa serta tawakkal, gua melangkah masuk rumah awek gua..
Lu orang mesti dah tau ending macam mana. Tak tahu jugak tengok video bawah.
Monday, December 13, 2010
Sejenak Lagi Sekali ke Masa Hadapan.
Friday, December 10, 2010
Sejenak ke Masa Hadapan.
"Siapkan sarapan ya Mah," pesanku sebab perutku dah berbunyi macam haram. Mau aku pengsan di pejabat kalau tak sarapan pagi ni.
"Baik bang." balas lembut isteriku. Sudah, aku pulak yang cair. Aku terus bersiap-siap memakai sehabis baikku sebab hari ini perlu berjumpa dengan client untuk membincangkan pelan banglo beliau yang bernilai RM 5 juta. "Orang sekarang memang pandai membazir duit," kataku dengan senyuman sinis.
Alangkah bagusnya kalau semua ni jadi kenyataan. Siapa yang tak mahu kehidupan bahagia, bukan?
Wednesday, December 8, 2010
Thursday, December 2, 2010
Epitome.
Monday, November 15, 2010
Monday, November 8, 2010
Sekarang Zaman Apa?
Sunday, November 7, 2010
Stupid Love.
Tuesday, November 2, 2010
Featured!
Tuesday, October 26, 2010
lidah yang berkata;
hajat yang tercantik
luluh sufi tercinta.
- A. Samad Said. Bisik Warna. 2009.
Saturday, October 16, 2010
Salah.
Wednesday, October 6, 2010
Darjah Dua Raya.
Saturday, October 2, 2010
Saving.
Wednesday, September 29, 2010
Demit!
Friday, September 24, 2010
World Wrestling Entertainment.
Tuesday, September 21, 2010
Fast Fridays by qxfxd!
klip terbaru daripada quixofixed. silalah menjenguk-jenguk mereka di quixofixed.wordpress.com.
Thursday, September 16, 2010
bau raya pertama.
"fiiiuuuttt..."
demmit you ol man! demmit!
aroma dia tak payah kata. gua tengok muka pakcik tu selamba, menambahkan hangin gua. terus gua keluar, memang hilang terus niat nak cuci mata. demmit!
Wednesday, September 8, 2010
Gua Bukan Indie.
tapi gua tak setuju. gua bukan budak indie. budak-budak sekolah menengah yang dakwa mereka indie tu pun gua akan cakap mereka tak indie. (kalau mereka nak marah, sila datang mengadap gua.) kalau lu orang masih cakap mereka indie, lu orang tak tau apa makna indie. bagi gua, mak bapak gua tu baru orang indie. mak bapak budak-budak sekolah baru nak up itu baru gua anggap indie. walaupun mereka tak layan gig, tapi mereka cari duit dengan usaha peluh mereka sendiri. mereka sama sekali tak bergantung kepada orang lain. itu baru true indie. budak-budak sekarang hanya tahu mintak duit pada mak bapak mereka semata-mata nak kasi henjut kepala dekat gig, nak beli cd kugiran kegemaran mereka, nak beli baju cap indie yang dijual di siri-siri gig yang ada. duit yang ada pada mereka bukan hasil peluh mereka. itu pada gua tidak indie. itu poser. lu orang memang poser. beli dengan duit mak bapak, balik dengan kembang hidung tak reti nak kuncup cakap lu orang indie. ni nak raya ni pun masih nak harap mak bagi duit raya, mana indie yang lu orang letup-letup tu?
gua pun masih mintak duit dengan mak nak pergi gig, nak pergi urbanscapes, nak beli material-material, nak makan, nak bayar sewa. sebab itu gua cakap gua tak indie. gua belum sampai taraf indie. taraf indie pada gua amat tinggi darjatnya. dan indie pada perkataan gua ni bukan genre musik. sama sekali tidak. gua berkata tentang cara hidup. lu orang tak usah nak bangga dengan indie kalau lu orang tak tau makna indie. setakat baju dicop 'gua budak indie', sepupu gua umur tiga tahun tu pun ada. tapi dia tak indie sebab baju tu pun mak dia yang belikan.
gua pun tak tahu apa pasal gua tiba-tiba menyirap pasal indie ni. sudahlah, tekak gua dah kering. gua nak pergi pekena nescafe ais.
![]() |
| sampai sekarang gua belum tengok filem ni. dem. |
Tuesday, September 7, 2010
Kad Raya Alam Maya.
![]() |
| gua nak beli satu, letak kat studio gua. apa lu orang ingat obama tak reti main pedang? |
notifikasi baru : anda ditag oleh kawan anda dalam satu gambar.
gua dengan penuh rasa curiga menekan notifikasi tersebut. bila pula gua amik gambar? gambar candid kah? gambar kontoversikah? gambar gua tak pakai baju kah? oh, gambar raya rupanya, dengan sedikit tulisan selamat, dan maaf. gambarnya menarik, ada macam-macam. ada yang buat sendiri, ada yang kopi-pes internet punya gambar. ada yang letak gambar mata berair lepas tu sedikit tulisan maaf. sampai sekarang gua tak tahu apa metafora beliau pakai. kreatif sungguh budak-budak zaman teknologi sekarang. gua terasa sedikit bengap kerana sampai sekarang gua masih lagi tahap tali pinggang putih dalam penggunaan sebarang bentuk perisian meng-edit ini. paling-paling brader gua pakai paint. kalau nak main scene fotoshop, gua terpaksa panggil rakan gua kasi backup belakang. sungguh sedih.
scene tag-gambar-raya-di-fesbuk-ganti-kad-raya ni gua tengok makin naik sekarang. sampai gua tengok kampeni yang bikin kad raya ni banyak tutup, tak boleh cari makan. memang pandai si yahudi zuckerberg ni potong periuk nasi orang. posmen-posmen pun sekarang gua tengok banyak lepak kedai kopi sebab dah tak ada kad raya nak dihantar. yang duduk atas-laut pun dah tak main kad raya sekeping-sekeping ni. leceh katanya. paling-paling busuk pun hantar ke salam perantaun yang dalam sokkabar tu. memang femes satu malaysia muka mereka keluar sokkabar. tah mak bapak mereka orang baca sokkabar tu tah tidak.
sekarang ni semua orang ada satu gambar. habis semua kawan-kawan fesbuk kena tag. kalau yang ramai kawan tu siap letak 3-4 gambar bagi cukup semua kawan beliau di fesbuk. lu memang bersemangat setiakawan. tapi gua rasa kad raya sekeping lipat dua tu lagi true. gua pernah dapat dulu, sampai sekarang gua lekat kat meja gua kat rumah lama. dah berapa tahun dah. silap-silap dah kenyang anai-anai tu makan.
notakaki : gua ingat gambar obama kat atas tu pun gua nak letak selamat hari raya. tak maafkan gua potong cuping telinga.
Monday, September 6, 2010
Burger King.
apa-apa pun, selamat hari raya kepada semua. maaf kalau gua ada buat apa-apa silap kat lu orang, yang gua memang tahu gua memang banyak buat silap.
p/s : sekarang gua tak tahu gua silap tajuk atau silap isi.
MekDi.
Sunday, September 5, 2010
Siapa-siapa ada helikopter?
macam-macam ragam manusia yang gua jumpa tadi. semakin majmuk rakyat malaysia. bau pun, semakin macam-macam yang gua sempat hidu tadi. nasib baik gua pandai kaver. kalau tak situ jugak gua muntah kuning. tapi apa boleh buat. bila keadaan menjadi kompak, ruang udara juga makin mengecil, menyebabkan kurang peredaran udara. maka udara dan gas-gas tersebut akan terkumpul disitu menyebabkan keadaan yang kurang menyenangkan. faham-faham sajalah.
raya tahun ni kalau boleh gua nak balik naik kapal terbang. tak pun helikopter. apa lu orang ingat tak penat balik kelantan naik kereta? belum tambah jem lagi. aduh. dengan ini gua berazam nak cari orang rumah yang dekat-dekat saja, agar kurang merana menempuh perjalanan pulang. duit pun banyak jimat. boleh kumpul cari bini baru.
Saturday, September 4, 2010
Antara Christopher Nolan, Damasutra, dan Kek Lapis Sarawak.
Akhirnya Gua Jumpa Nasi.
p/s : masih cuba mengayat puan besar gua dengan ayat madu agar beliau beli sebijik basikal untuk gua.
Friday, September 3, 2010
Habuk.
Wednesday, September 1, 2010
Buang Bayi.
Monday, August 30, 2010
Tenaga Negatif.
Saturday, August 28, 2010
Friday, August 27, 2010
Baju Melayu, Langsir, Dinding Rumah.
tapi, gua tak pernah teruja dengan raya. bukan tak suka, tapi tak teruja. masa kecik-kecik dulu mungkinlah kot, sebab dapat duit raya. dah besar ni giliran gua pula botak kepala buat pinjaman bank nak bagi duit raya. budak-budak zaman sekarang mana pandang 50 sen. kurang-kurang 50 ringgit sekeping dalam sampul. tak perlu pakai sampul pun tak apa. buang duit je beli sampul. budak-budak bukan ada hobi kumpul sampul raya pun. lepas tu masa pergi raya rumah liyana yusoff, bekas kekasih awal dan akhir gua dulu. itu jelah yang seronok pun. tahun-tahun lain, gua rasa sama je.
lagu raya sama. makanan sama. adat sama. tiap-tiap tahun sama. hambar. cuba tahun ni gua raya kat sydney ke, las vegas ke, mungkin terasa thrill sikit. mungkin. dan mungkin gua rasa macam ni sebab gua tak pernah raya di sydney, ataupun las vegas, ataupun tempat lain selain malaysia. gua tak pernah rasa susah nak balik raya. mungkin masa keluarga gua ada masalah dulu, terasalah sedikit susah. sorang kesana, sorang kesini. bercelaru juga lah batu jemala genius gua ni.
tapi sebab utama gua rasa macam tu mungkin sebab gua ni lemah dalam acara minta maaf berpagar 100 meter. kelu lidah beb nak minta maaf dengan CEO gua. itu belum lagi dengan lembaga pengarah merangkap board of directors gua. aduh. gua memang tak berbakat dalam berbahas ni. sebab tu gua tak pernah masuk pertandingan bahas peringkat sekolah dulu. gua tengok sorang-sorang menangis mintak maaf. gua selamba salam je. cakap minta maaf, selamat hari raya, gua terus bangun gerak pergi dapur, makan. itu jelah kerja gua. gua kurang sikit bab-bab emosi dengan keluarga ni.
maaflah kepada yang terasa dengan entri gua ni. lu orang mungkin rasa raya ni penting. gua tak bangkang langsung, gua pun tahu raya ni penting. tapi gua ada pandangan gua sendiri. apa-apa pun, selamat hari raya gua ucapkan kepada lu orang.
Thursday, August 26, 2010
Gigit Jari.
aku memilih jalan dekat untuk kesana, melalui padang kawad. gila hendak pusing satu uitm? minyak aku pun dah nyawa-nyawa ikan. otak aku giat memproses idea-idea memikirkan macam mana nak isi minyak nanti. adakah aku perlu goda akak petrol pump tersebut untuk mendapatkan minyak free? ahh cadangan yang busuk! kalau akak tu iras-iras rachel bilson, nak jugak aku teruskan idea tersebut. aku pun ada taste juga. ini tidak, macam *********** dah aku tengok. (maaf, tidak dapat disiarkan, takut kena ban.)
sedang otak aku memproses cadangan-cadangan radikal aku, tiba-tiba aku terpandang ciptaan Allah yang amat memukau. manis, putih, ayu. kau orang boleh kata yang aku sudah jatuh cinta. tapi, disebabkan keegoaan aku, aku tak berhenti minta nombor. hebat bukan? aku cuba berlagak seperti aku menunggang motor kawasaki ninja, walaupun hakikat sebenar tunggangan aku tu hampir-hampir tidak ada rupa motor. akibat daripada tindakan macho tersebut, sampai hari ni aku gigit jari teringat kat awek lawa tersebut. aku memang hebat.
Monday, August 23, 2010
Teknologi.
Saturday, August 21, 2010
Awek.
Spoiler.
Friday, August 20, 2010
Hajat Hari Ini.
malam ni ada aktiviti berbasikal. lepas tu balik rumah. design masih lagi angan-angan.
Thursday, August 19, 2010
William's.
Wednesday, August 18, 2010
Puasa Ke Sembilan.
"kenapa takde air?!"
cepat-cepat aku istighfar sebanyak mungkin. maklumlah, puasa. otak aku giat memikirkan solusi. nak ke surau, segan. orang nak solat kau nak berak mandi. terus niatku itu kubatalkan. aku capai tuala, berus gigi, kunci motosikal. aku memecut ke arah selatan barat daya menuju ke rumah budak-budak ni. nasib baiklah dekat. kalau tidak, Allah sahajalah yang tahu apa yang bakal terjadi.
urusanku sudah selesai. perut pun sudah lega, badan pun sudah siap disental. aku hidupkan motor, terus aku bergerak pulang. sampai dirumah, sekali lagi mata terlelap. damn.
ring ring. ring ring. (kalau nak tahu, ini bunyi handfon.)
"haa, tidur lagi ke? dah dah bangun pegi bukak puasa." mak aku sound.
aku tengok jam, dah dekat pukul tujuh. aku bangun ke tandas. sekali lagi aku mencaci. tapi nasib baik mampu ditahan. aku sudah tidak peduli. perut sudah lapar, hati sudah membara. nanti tak pasal-pasal kucing sesat depan rumah tu yang aku goreng. sekali lagi motor dihidupkan, terus aku pulas habis throttle ke arah pasar ramadhan seksyen dua.
selesai membeli, aku bergerak menuju rumah budak-budak ni. dengan gaya yang agak sedikit rempit, mengejar waktu berbuka. alhamdulillah, kenyang.
"haa, en. wan dah datang."
sound seorang rakan aku. janji pukul sembilan setengah, sekarang sudah pukul berapa? ah, aku lupa. ini melayu. masih lagi tipikal. pedulikan.
dari padang kawad, sampai menara, berjalan. kemudian, berjalan pulang. site visit yang aku kira, lain dari yang lain. agak menarik.
aku sampai rumah, tengok soya main call of duty. sebab aku ni baik, aku biar dia main. tapi dah sampai pukul tiga tak berhenti lagi, 'baik' aku tu aku campak jauh-jauh.
"cilaka, kau nak main sampai sahur ke? mana aku nak tidur? "
almari di sebelah sudah sedia untuk dibaling.
"yelah yelah."
dia pun berhenti. nasib baik. kalau tak dah bergegar rumah.
sekarang, aku mahu tidur. harap-harap esok aku sempat pergi kelas.
p/s : rachel bilson. <3
Wednesday, August 11, 2010
Monday, August 9, 2010
Sunday, August 8, 2010
menipu untuk hidup.
Saturday, August 7, 2010
memori.
Friday, August 6, 2010
kempunan.
oh, aku juga terlepas konsert slash di sunway. sekarang memasuki mod patah hati.
Tuesday, August 3, 2010
The Beatles.
"if i fell in love with you, would you promise to be true"
serta merta terfikir, adakah wujud lagi cinta sejati pada zaman sekarang? cinta pada amatan aku boleh disamakan dengan duit. tiada duit, tiada cinta. itu apa yang aku lihat depan mata. maaf kalau aku salah.
"And I found that love was more than just holding hands"
sangat benar.
Monday, August 2, 2010
Drugs.
Tuesday, July 27, 2010
Monday, July 26, 2010
kali kedua.
Saturday, July 24, 2010
Thursday, July 22, 2010
rasanya perkara ni dah memang wujud dalam dna aku. setiap kali jumpa wanita yang aku suka, mulut jadi diam, otak jadi kosong. walaupun aku ni boleh kata dalam kategori banyak mulut. entahlah.
tapi, chill lah, kan? perempuan bukan segalanya. mampu je aku teruskan hidup walaupun sorang-sorang.(untuk masa nilah.)
inception.
okay, aku gurau je. tak tengok pun inception, tapi aku tengok the sorcerer's apprentice. walaupun ratingnya lebih rendah dari inception, pada aku sebuah cerita yang cukup menarik. lebih-lebih lagi nicholas cage berlakon. efek menarik, tapi jalan cerita yang common, namun masih boleh diterima.
berkorban itu tidak salah.
kalau kita cintakan seseorang, tak semestinya orang tu rasa benda yang sama dengan kita. jangan dipaksa seseorang itu untuk mencintai kita. aku juga ada pengalaman seperti itu. aku rasa, tidak ada salahnya kita membantu orang yang kita cinta, untuk mendapatkan seseorang yang dia cinta, walaupun kita rasa sakit di dalam, sakit untuk melihat orang yang kita cinta memilih orang lain. pada aku itu sesuatu yang mulia.
aku sendiri pernah sakit, pernah merasa apa yang aku tulis ini. tapi pada aku, asalkan dia gembira, aku rasa puas. aku juga pernah dilabel sebagai bodoh kerana melakukan tindakan ini. tindakan yang dicemuh oleh sesetengah pihak, yang pada aku tak tahu erti sebenar cinta itu. tapi segala cemuhan itu aku tolak ketepi. tidak ada faedah menuruti mereka-mereka yang berfikiran kolot seperti itu.
aku bertindak untuk kepuasan diri aku sendiri, bukan kehendak masyarakat bermentaliti rendah.
Wednesday, July 21, 2010
tapi tu dulu.
ya, dulu.. sekarang dengan dulu, tak sama. aku tak tahu apa jadi dengan aku dan dia. tiba-tiba hilang. tanpa khabar berita, tanpa aku tahu dia sihat ke tak, sampailah aku terjumpa facebook dia tadi.
rindu pulak aku dengan kau, nana. kalau boleh jumpa, macam-macam soalan aku nak tanya. tapi satu benda buat aku terfikir. kenapa aku xberani nak add kau? sebab masalah aku dengan saf? aku pun tak tahu. yang aku tahu, kau macam dah benci aku. entahlah.
Monday, July 19, 2010
cetek otak.
"awak cakap ngan perempuan mane tadi? merajuklah!"
"kenapa saya xboleh call awak 24 jam? merajuklah!"
ya, serabut.
fikiran-fikiran cetek seperti inilah yang buat aku malas nak kembali berurusan dengan cinta. boleh buat otak aku short circuit. kau orang bukan xtau otak aku memang berselirat.. cukuplah aku dgr cerita-cerita pasal orang lain. xkuasa nyah nak ikut jadi macam tu.
wujud x kat muka bumi ni orang yang boleh ikut cara aku? yang xkuat merajuk, xkuat cemburu. kamonlah, kalau aku kapel dengan kau, xkan aku boleh borak dengan kau je sampai mati?
teringat pulak kisah aku dengan seorang perempuan ni. sape? xpayahlah cakap nama.. durasi perkapelan aku dengan dia, hanya seminggu. hebat bukan? punca break, sebab die dapat informasi aku ade awek lain, daripada seseorang yang aku xkenal langsung, dan mamat tu pun xkenal aku. nah, bodoh bukan? lebih teruk, mamat tu hanya cakap dalam fon, tanpa bukti kasar. aduhh, rendah sungguh mentaliti.
sekarang, sudah malas berfikir pasal hati. untuk mase depan? terus cari bini. senang. :)
Thursday, July 15, 2010
aku benci merdeka.
Wednesday, July 14, 2010
bulan puasa.
emosi, hati.
kadang kadang aku suka mendengar degupan jantung sendiri. buatkan aku terasa hidup. buatkan aku terasa aku masih ada hati, perasaan. bercakap pasal hati, buatkan aku terasa hidup ini penuh dugaan. banyak sangat dah hati ini terasa. kau orang bukan tau apa. tau mengutuk saja.
sakit, hati ni dah rasa. gembira, hati ni dah rasa. katakan apa saja, semua sudah ditelan. tapi untuk mengamuk, bukan masanya lagi. sabar, itu yang penting. cukuplah dulu aku mengamuk xtentu pasal. bak kata pepatah orang inggeris, emo no more.
ya, tiada emosi. alangkah bagus kalau aku tiada emosi. kan senang hidup ni. emosi buat aku xtentu arah. emosi negatif, bercampur positif, buat aku keliru akan hidup yang patut aku tuju. aku terasa mati.
"dup..dup.."
degupan jantung kembali menyedarkan aku dari mati. emosi, hati. hati aku pernah mati sekali. sekarang xtahu adakah masih hidup lagi.
“hidup mesti terus, jangan toleh belakang.”
betul, tapi kadangkala tolehan seratus lapan puluh darjah kebelakang adalah perlu. perlu untuk menilai kembali anugerah hidup ini. tapi aku menjadi sedih tatkala menoleh. sebab apa, biar aku simpan sendiri.
Tuesday, July 13, 2010
celaka.
Friday, July 9, 2010
perangai manusia sekalian alam.
Thursday, July 1, 2010
senarai hajat separuh masa kedua tahun 2010.
Wednesday, June 30, 2010
suka, benci?
kau suka, aku xsuka, perlukah diambil peduli?
urusan kamu, urusan aku, adakah perlu selari?
kau kau, aku aku.
sama manusia, yang beza cuma hati.
aku suka apa yang kau benci,
perlukah diperangi?
hak kau, aku tak kacau.
tapi janganlah diganggu hak aku.
aku punya kemahuan, keinginan diri.
kau juga begitu, aku pasti.
hal orang, jangan diambil peduli.
kain masing masing, jaga sendiri.
kau bukan penentu hidup aku,
dan aku bukan penentu kamu.
suka, benci, ada aku ambil peduli?
wajarkah?
ramai mengimpikan romeo, tapi adakah mereka juliet?
wanita,
ramai mengimpikan yusuf, tapi adakah mereka zulaikha?
wanita,
ramai mengimpikan shah jahan, tapi adakah mereka mumtaz?
wanita,
ramai mengimpikan sulaiman, tapi adakah mereka balqis?
Tuesday, June 29, 2010
lemah.
ya, aku lemah.
begitu juga dengan kamu.
kenapa?
itu yang kau tanya?
lihat sendiri keadaannya..
tunduk dengan nafsu,
tewas dengan godaan.
ini yang kau kata hebat?
mana pergi keagungan mu?
mana pergi kehebatan mu?
mana pergi kesucian mu?
jangan berkata tanpa bicara,
jangan bertindak tanpa laku,
jangan berfikir tanpa otak.
kesan, itu yang kau harus fikir.
bukan keseronokan semasa yang melalaikan!
fikirlah.
lemah,
ya, aku lemah.
begitu juga dengan kamu.
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
USMAN AWANG
1979





















