"kenapa takde air?!"
cepat-cepat aku istighfar sebanyak mungkin. maklumlah, puasa. otak aku giat memikirkan solusi. nak ke surau, segan. orang nak solat kau nak berak mandi. terus niatku itu kubatalkan. aku capai tuala, berus gigi, kunci motosikal. aku memecut ke arah selatan barat daya menuju ke rumah budak-budak ni. nasib baiklah dekat. kalau tidak, Allah sahajalah yang tahu apa yang bakal terjadi.
***
urusanku sudah selesai. perut pun sudah lega, badan pun sudah siap disental. aku hidupkan motor, terus aku bergerak pulang. sampai dirumah, sekali lagi mata terlelap. damn.
ring ring. ring ring. (kalau nak tahu, ini bunyi handfon.)
"haa, tidur lagi ke? dah dah bangun pegi bukak puasa." mak aku sound.
aku tengok jam, dah dekat pukul tujuh. aku bangun ke tandas. sekali lagi aku mencaci. tapi nasib baik mampu ditahan. aku sudah tidak peduli. perut sudah lapar, hati sudah membara. nanti tak pasal-pasal kucing sesat depan rumah tu yang aku goreng. sekali lagi motor dihidupkan, terus aku pulas habis throttle ke arah pasar ramadhan seksyen dua.
selesai membeli, aku bergerak menuju rumah budak-budak ni. dengan gaya yang agak sedikit rempit, mengejar waktu berbuka. alhamdulillah, kenyang.
***
"haa, en. wan dah datang."
sound seorang rakan aku. janji pukul sembilan setengah, sekarang sudah pukul berapa? ah, aku lupa. ini melayu. masih lagi tipikal. pedulikan.
dari padang kawad, sampai menara, berjalan. kemudian, berjalan pulang. site visit yang aku kira, lain dari yang lain. agak menarik.
aku sampai rumah, tengok soya main call of duty. sebab aku ni baik, aku biar dia main. tapi dah sampai pukul tiga tak berhenti lagi, 'baik' aku tu aku campak jauh-jauh.
"cilaka, kau nak main sampai sahur ke? mana aku nak tidur? "
almari di sebelah sudah sedia untuk dibaling.
"yelah yelah."
dia pun berhenti. nasib baik. kalau tak dah bergegar rumah.
sekarang, aku mahu tidur. harap-harap esok aku sempat pergi kelas.
p/s : rachel bilson. <3
No comments:
Post a Comment