Wednesday, September 29, 2010

Demit!

gua sekarang dah macam takde tujuan. dah putus asa. gua tau putus asa tu sesuatu yang salah. tapi gua dah buntu. idea design satu hape pun tak nak datang. waktu-waktu macam nilah gua teringat kat dia. demit!

Friday, September 24, 2010

World Wrestling Entertainment.

gua sampai kedai mamak, gua dihidangkan dengan gusti. tapi gua tengok gusti sekarang dah tak berapa kick. banyak tayang perempuan pakai baju sikit-sikit. gaduh-gaduh lagi lah sikit. kadang-kadang dalam sejam tu sekali je gaduh. tapi yang gua pelik masih ramai lagi yang tengok. tengok gusti ke mata tu tengah kasi cuci? 

Tuesday, September 21, 2010

Fast Fridays by qxfxd!


klip terbaru daripada quixofixed. silalah menjenguk-jenguk mereka di quixofixed.wordpress.com.

Thursday, September 16, 2010

bau raya pertama.

tak pernah-pernah gua beraya kat mall, tapi kali ni gua buat. petang raya tu, lepas jumaat, gua terus bergerak ke arah satu shopping mall dekat batu pahat. ini pertama kali gua pergi. gua masuk, tengok-tengok. tengah gua jalan-jalan, terselisih dengan seorang awek yang buat gua cair macam aiskrim di tengah panas lagaknya. tapi memang potong bila balaknya ada kat sebelah. dem, gua terus menuju ke arah jalan yang lurus di hadapan. gua tengok tak ada apa pun yang menarik. gua nampak eskalator, gua terus naik. belum sempat gua nak jejak kai atas eskalator tersebut, ada seorang pakcik telah potong line gua. takpa-takpa, hormat orang tua. gua pun menyusul menaiki eskalator tersebut selepas pakcik itu. tiba-tiba gua dengar bunyi layan punya,

"fiiiuuuttt..."

demmit you ol man! demmit!

aroma dia tak payah kata. gua tengok muka pakcik tu  selamba, menambahkan hangin gua. terus gua keluar, memang hilang terus niat nak cuci mata. demmit!

Wednesday, September 8, 2010

Gua Bukan Indie.

indie. gua rasa lu orang sendiri tau apa makna indie ini. scene indie sekarang memang tengah naik. dah berapa tahun dah. sana sini orang duk heboh pasal indie. tapi hari ni baru gua nak cakap pasal indie. gua tergerak hati nak tulis pasal ni sebab budak-budak ramai cakap gua ni indie. pantang mereka-mereka ini dengar manusia layan hujan, bangfes, jumpa pakcik hussein, terus dicop budak indie dengan sewenang-wenang dan bersenang-lenang gaya makan lemang lagaknya.

tapi gua tak setuju. gua bukan budak indie. budak-budak sekolah menengah yang dakwa mereka indie tu pun gua akan cakap mereka tak indie. (kalau mereka nak marah, sila datang mengadap gua.) kalau lu orang masih cakap mereka indie, lu orang tak tau apa makna indie. bagi gua, mak bapak gua tu baru orang indie. mak bapak budak-budak sekolah baru nak up itu baru gua anggap indie. walaupun mereka tak layan gig, tapi mereka cari duit dengan usaha peluh mereka sendiri. mereka sama sekali tak bergantung kepada orang lain. itu baru true indie. budak-budak sekarang hanya tahu mintak duit pada mak bapak mereka semata-mata nak kasi henjut kepala dekat gig, nak beli cd kugiran kegemaran mereka, nak beli baju cap indie yang dijual di siri-siri gig yang ada. duit yang ada pada mereka bukan hasil peluh mereka. itu pada gua tidak indie. itu poser. lu orang memang poser. beli dengan duit mak bapak, balik dengan kembang hidung tak reti nak kuncup cakap lu orang indie. ni nak raya ni pun masih nak harap mak bagi duit raya, mana indie yang lu orang letup-letup tu?

gua pun masih mintak duit dengan mak nak pergi gig, nak pergi urbanscapes, nak beli material-material, nak makan, nak bayar sewa. sebab itu gua cakap gua tak indie. gua belum sampai taraf indie. taraf indie pada gua amat tinggi darjatnya. dan indie pada perkataan gua ni bukan genre musik. sama sekali tidak. gua berkata tentang cara hidup. lu orang tak usah nak bangga dengan indie kalau lu orang tak tau makna indie. setakat baju dicop 'gua budak indie', sepupu gua umur tiga tahun tu pun ada. tapi dia tak indie sebab baju tu pun mak dia yang belikan.

gua pun tak tahu apa pasal gua tiba-tiba menyirap pasal indie ni. sudahlah, tekak gua dah kering. gua nak pergi pekena nescafe ais.

sampai sekarang gua belum tengok filem ni. dem.

notakaki : orang dah nak raya, gua buat post pasal indie. gua pun tak faham.

Tuesday, September 7, 2010

Kad Raya Alam Maya.

gua nak beli satu, letak kat studio gua. apa lu orang ingat obama tak reti main pedang?


notifikasi baru : anda ditag oleh kawan anda dalam satu gambar.


gua dengan penuh rasa curiga menekan notifikasi tersebut. bila pula gua amik gambar? gambar candid kah? gambar kontoversikah? gambar gua tak pakai baju kah? oh, gambar raya rupanya, dengan sedikit tulisan selamat, dan maaf. gambarnya menarik, ada macam-macam. ada yang buat sendiri, ada yang kopi-pes internet punya gambar. ada yang letak gambar mata berair lepas tu sedikit tulisan maaf. sampai sekarang gua tak tahu apa metafora beliau pakai. kreatif sungguh budak-budak zaman teknologi sekarang. gua terasa sedikit bengap kerana sampai sekarang gua masih lagi tahap tali pinggang putih dalam penggunaan sebarang bentuk perisian meng-edit ini. paling-paling brader gua pakai paint. kalau nak main scene fotoshop, gua terpaksa panggil rakan gua kasi backup belakang. sungguh sedih.

scene tag-gambar-raya-di-fesbuk-ganti-kad-raya ni gua tengok makin naik sekarang. sampai gua tengok kampeni yang bikin kad raya ni banyak tutup, tak boleh cari makan. memang pandai si yahudi zuckerberg ni potong periuk nasi orang. posmen-posmen pun sekarang gua tengok banyak lepak kedai kopi sebab dah tak ada kad raya nak dihantar. yang duduk atas-laut pun dah tak main kad raya sekeping-sekeping ni. leceh katanya. paling-paling busuk pun hantar ke salam perantaun yang dalam sokkabar tu. memang femes satu malaysia muka mereka keluar sokkabar. tah mak bapak mereka orang baca sokkabar tu tah tidak.

sekarang ni semua orang ada satu gambar. habis semua kawan-kawan fesbuk kena tag. kalau yang ramai kawan tu siap letak 3-4 gambar bagi cukup semua kawan beliau di fesbuk. lu memang bersemangat setiakawan. tapi gua rasa kad raya sekeping lipat dua tu lagi true. gua pernah dapat dulu, sampai sekarang gua lekat kat meja gua kat rumah lama. dah berapa tahun dah. silap-silap dah kenyang anai-anai tu makan.

notakaki : gua ingat gambar obama kat atas tu pun gua nak letak selamat hari raya. tak maafkan gua potong cuping telinga.

Monday, September 6, 2010

Burger King.

gua baru seminit sampai rumah. hujan agak mencurah-curah kat luar, mengehadkan kelajuan pembawaan motor gua. hari ni kelas terakhir sebelum gua cuti raya. seperti kebiasaan bila dah hari terakhir, upacara mohon maaf giat dijalankan oleh pihak bertanggungjawab. gua kalau boleh malas nak ambil port dengan semua-semua ni. gua lagi senang tidur. tapi entah kenapa, tadi gua berasa sebak. gua duduk perhati studiomate gua mintak maaf. seorang dua datang, gua steady lagi buat muka macho pangkat abang-abang. tapi bila seorang ni datang mengadap, gua terus jadi sebak. gua rasa mungkin sebab gua banyak buat salah terhadap beliau. mungkin juga ada penambahan sebab lain. gua pun tak tahu.

apa-apa pun, selamat hari raya kepada semua. maaf kalau gua ada buat apa-apa silap kat lu orang, yang gua memang tahu gua memang banyak buat silap.

p/s : sekarang gua tak tahu gua silap tajuk atau silap isi.

MekDi.

okay, sekarang gua dah berada sikit-sikit. itulah kesan positif kalau balik jenguk mak ayah. disamping boleh merapatkan silaturrahim, poket lu orang juga boleh terisi. sekarang gua nak terjah mekdi. sape nak ikut?

Sunday, September 5, 2010

Siapa-siapa ada helikopter?

Jalan raya dah sesak, kereta makin banyak, kedai makin melambak. fenomena normal di uptown bila raya hampir menjelma. agak menyesal gua setuju ikut abah gua pergi ke uptown tadi. pusing-pusing, hanya flat cap yang berjaya dibeli. biarlah, fikiran gua masih ke arah basikal, tiada keinginan nak beli apa-apa barang raya.

macam-macam ragam manusia yang gua jumpa tadi. semakin majmuk rakyat malaysia. bau pun, semakin macam-macam yang gua sempat hidu tadi. nasib baik gua pandai kaver. kalau tak situ jugak gua muntah kuning. tapi apa boleh buat. bila keadaan menjadi kompak, ruang udara juga makin mengecil, menyebabkan kurang peredaran udara. maka udara dan gas-gas tersebut akan terkumpul disitu menyebabkan keadaan yang kurang menyenangkan. faham-faham sajalah.

raya tahun ni kalau boleh gua nak balik naik kapal terbang. tak pun helikopter. apa lu orang ingat tak penat balik kelantan naik kereta? belum tambah jem lagi. aduh. dengan ini gua berazam nak cari orang rumah yang dekat-dekat saja, agar kurang merana menempuh perjalanan pulang. duit pun banyak jimat. boleh kumpul cari bini baru.

Saturday, September 4, 2010

Antara Christopher Nolan, Damasutra, dan Kek Lapis Sarawak.

malam tadi gua mimpi dua lapis. sipi-sipi lagi nak sama dengan kek lapis sarawak. gua fikir-fikir balik, chris nolan punya idea buat cerita macam tu, orang melayu dah lama fikir dah. tak percaya cuba dengar lagu damasutra - umpama mimpi dalam mimpi. nah, siapa kata melayu mundur?

Akhirnya Gua Jumpa Nasi.

setelah duit dalam kocek gua ada tak ada seperti hidup segan mati tak mahu, akhirnya gua sampai ke rumah. cis, serong betul niat gua. balik bukannya nak jenguk mak ayah. sampai rumah, gua terus dihidangkan dengan nasi lemak. layan juga. dah lebih kurang empat hari gua tak pekena nasi ni. hari-hari asyik makan makanan perancis je. maklumlah, gua kan kaya. selesai bersantap, gua mengadap komputer gua yang agak canggih tak canggih ni. macam dah jadi adat, gua buka fesbuk.

p/s : masih cuba mengayat puan besar gua dengan ayat madu agar beliau beli sebijik basikal untuk gua.

Friday, September 3, 2010

Habuk.

aku seluk poket, yang ada hanya poket, dan habuk. dalam hati dah terdetik, "oh, dah tiba masanya aku balik rumah."

Wednesday, September 1, 2010

Buang Bayi.

semalam merdeka, tapi aku tak rasa apa-apa. aku tak keluar rumah pun. harap-harap sembilan bulan lagi aku bukak tong sampah takde bayi kat dalam tu.