Wednesday, September 8, 2010

Gua Bukan Indie.

indie. gua rasa lu orang sendiri tau apa makna indie ini. scene indie sekarang memang tengah naik. dah berapa tahun dah. sana sini orang duk heboh pasal indie. tapi hari ni baru gua nak cakap pasal indie. gua tergerak hati nak tulis pasal ni sebab budak-budak ramai cakap gua ni indie. pantang mereka-mereka ini dengar manusia layan hujan, bangfes, jumpa pakcik hussein, terus dicop budak indie dengan sewenang-wenang dan bersenang-lenang gaya makan lemang lagaknya.

tapi gua tak setuju. gua bukan budak indie. budak-budak sekolah menengah yang dakwa mereka indie tu pun gua akan cakap mereka tak indie. (kalau mereka nak marah, sila datang mengadap gua.) kalau lu orang masih cakap mereka indie, lu orang tak tau apa makna indie. bagi gua, mak bapak gua tu baru orang indie. mak bapak budak-budak sekolah baru nak up itu baru gua anggap indie. walaupun mereka tak layan gig, tapi mereka cari duit dengan usaha peluh mereka sendiri. mereka sama sekali tak bergantung kepada orang lain. itu baru true indie. budak-budak sekarang hanya tahu mintak duit pada mak bapak mereka semata-mata nak kasi henjut kepala dekat gig, nak beli cd kugiran kegemaran mereka, nak beli baju cap indie yang dijual di siri-siri gig yang ada. duit yang ada pada mereka bukan hasil peluh mereka. itu pada gua tidak indie. itu poser. lu orang memang poser. beli dengan duit mak bapak, balik dengan kembang hidung tak reti nak kuncup cakap lu orang indie. ni nak raya ni pun masih nak harap mak bagi duit raya, mana indie yang lu orang letup-letup tu?

gua pun masih mintak duit dengan mak nak pergi gig, nak pergi urbanscapes, nak beli material-material, nak makan, nak bayar sewa. sebab itu gua cakap gua tak indie. gua belum sampai taraf indie. taraf indie pada gua amat tinggi darjatnya. dan indie pada perkataan gua ni bukan genre musik. sama sekali tidak. gua berkata tentang cara hidup. lu orang tak usah nak bangga dengan indie kalau lu orang tak tau makna indie. setakat baju dicop 'gua budak indie', sepupu gua umur tiga tahun tu pun ada. tapi dia tak indie sebab baju tu pun mak dia yang belikan.

gua pun tak tahu apa pasal gua tiba-tiba menyirap pasal indie ni. sudahlah, tekak gua dah kering. gua nak pergi pekena nescafe ais.

sampai sekarang gua belum tengok filem ni. dem.

notakaki : orang dah nak raya, gua buat post pasal indie. gua pun tak faham.

1 comment: