Wednesday, June 30, 2010


terima kasih anda anda yang menemani saya ke urbanscapes 2010!

suka, benci?

hal orang, hal kita, bolehkah dicampuraduk sekali?
kau suka, aku xsuka, perlukah diambil peduli?
urusan kamu, urusan aku, adakah perlu selari?

kau kau, aku aku.
sama manusia, yang beza cuma hati.
aku suka apa yang kau benci,
perlukah diperangi?

hak kau, aku tak kacau.
tapi janganlah diganggu hak aku.
aku punya kemahuan, keinginan diri.
kau juga begitu, aku pasti.

hal orang, jangan diambil peduli.
kain masing masing, jaga sendiri.
kau bukan penentu hidup aku,
dan aku bukan penentu kamu.

suka, benci, ada aku ambil peduli?
-theatera.

wajarkah?

wanita,
ramai mengimpikan romeo, tapi adakah mereka juliet?
wanita,
ramai mengimpikan yusuf, tapi adakah mereka zulaikha?
wanita,
ramai mengimpikan shah jahan, tapi adakah mereka mumtaz?
wanita,
ramai mengimpikan sulaiman, tapi adakah mereka balqis?

Tuesday, June 29, 2010

lemah.

lemah,
ya, aku lemah.

begitu juga dengan kamu.
kenapa?
itu yang kau tanya?

lihat sendiri keadaannya..

tunduk dengan nafsu,
tewas dengan godaan.
ini yang kau kata hebat?

mana pergi keagungan mu?
mana pergi kehebatan mu?
mana pergi kesucian mu?

jangan berkata tanpa bicara,
jangan bertindak tanpa laku,
jangan berfikir tanpa otak.

kesan, itu yang kau harus fikir.
bukan keseronokan semasa yang melalaikan!

fikirlah.

lemah,

ya, aku lemah.
begitu juga dengan kamu.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

USMAN AWANG
1979