Tuesday, July 27, 2010
Monday, July 26, 2010
kali kedua.
Saturday, July 24, 2010
Thursday, July 22, 2010
rasanya perkara ni dah memang wujud dalam dna aku. setiap kali jumpa wanita yang aku suka, mulut jadi diam, otak jadi kosong. walaupun aku ni boleh kata dalam kategori banyak mulut. entahlah.
tapi, chill lah, kan? perempuan bukan segalanya. mampu je aku teruskan hidup walaupun sorang-sorang.(untuk masa nilah.)
inception.
okay, aku gurau je. tak tengok pun inception, tapi aku tengok the sorcerer's apprentice. walaupun ratingnya lebih rendah dari inception, pada aku sebuah cerita yang cukup menarik. lebih-lebih lagi nicholas cage berlakon. efek menarik, tapi jalan cerita yang common, namun masih boleh diterima.
berkorban itu tidak salah.
kalau kita cintakan seseorang, tak semestinya orang tu rasa benda yang sama dengan kita. jangan dipaksa seseorang itu untuk mencintai kita. aku juga ada pengalaman seperti itu. aku rasa, tidak ada salahnya kita membantu orang yang kita cinta, untuk mendapatkan seseorang yang dia cinta, walaupun kita rasa sakit di dalam, sakit untuk melihat orang yang kita cinta memilih orang lain. pada aku itu sesuatu yang mulia.
aku sendiri pernah sakit, pernah merasa apa yang aku tulis ini. tapi pada aku, asalkan dia gembira, aku rasa puas. aku juga pernah dilabel sebagai bodoh kerana melakukan tindakan ini. tindakan yang dicemuh oleh sesetengah pihak, yang pada aku tak tahu erti sebenar cinta itu. tapi segala cemuhan itu aku tolak ketepi. tidak ada faedah menuruti mereka-mereka yang berfikiran kolot seperti itu.
aku bertindak untuk kepuasan diri aku sendiri, bukan kehendak masyarakat bermentaliti rendah.
Wednesday, July 21, 2010
tapi tu dulu.
ya, dulu.. sekarang dengan dulu, tak sama. aku tak tahu apa jadi dengan aku dan dia. tiba-tiba hilang. tanpa khabar berita, tanpa aku tahu dia sihat ke tak, sampailah aku terjumpa facebook dia tadi.
rindu pulak aku dengan kau, nana. kalau boleh jumpa, macam-macam soalan aku nak tanya. tapi satu benda buat aku terfikir. kenapa aku xberani nak add kau? sebab masalah aku dengan saf? aku pun tak tahu. yang aku tahu, kau macam dah benci aku. entahlah.
Monday, July 19, 2010
cetek otak.
"awak cakap ngan perempuan mane tadi? merajuklah!"
"kenapa saya xboleh call awak 24 jam? merajuklah!"
ya, serabut.
fikiran-fikiran cetek seperti inilah yang buat aku malas nak kembali berurusan dengan cinta. boleh buat otak aku short circuit. kau orang bukan xtau otak aku memang berselirat.. cukuplah aku dgr cerita-cerita pasal orang lain. xkuasa nyah nak ikut jadi macam tu.
wujud x kat muka bumi ni orang yang boleh ikut cara aku? yang xkuat merajuk, xkuat cemburu. kamonlah, kalau aku kapel dengan kau, xkan aku boleh borak dengan kau je sampai mati?
teringat pulak kisah aku dengan seorang perempuan ni. sape? xpayahlah cakap nama.. durasi perkapelan aku dengan dia, hanya seminggu. hebat bukan? punca break, sebab die dapat informasi aku ade awek lain, daripada seseorang yang aku xkenal langsung, dan mamat tu pun xkenal aku. nah, bodoh bukan? lebih teruk, mamat tu hanya cakap dalam fon, tanpa bukti kasar. aduhh, rendah sungguh mentaliti.
sekarang, sudah malas berfikir pasal hati. untuk mase depan? terus cari bini. senang. :)
Thursday, July 15, 2010
aku benci merdeka.
Wednesday, July 14, 2010
bulan puasa.
emosi, hati.
kadang kadang aku suka mendengar degupan jantung sendiri. buatkan aku terasa hidup. buatkan aku terasa aku masih ada hati, perasaan. bercakap pasal hati, buatkan aku terasa hidup ini penuh dugaan. banyak sangat dah hati ini terasa. kau orang bukan tau apa. tau mengutuk saja.
sakit, hati ni dah rasa. gembira, hati ni dah rasa. katakan apa saja, semua sudah ditelan. tapi untuk mengamuk, bukan masanya lagi. sabar, itu yang penting. cukuplah dulu aku mengamuk xtentu pasal. bak kata pepatah orang inggeris, emo no more.
ya, tiada emosi. alangkah bagus kalau aku tiada emosi. kan senang hidup ni. emosi buat aku xtentu arah. emosi negatif, bercampur positif, buat aku keliru akan hidup yang patut aku tuju. aku terasa mati.
"dup..dup.."
degupan jantung kembali menyedarkan aku dari mati. emosi, hati. hati aku pernah mati sekali. sekarang xtahu adakah masih hidup lagi.
“hidup mesti terus, jangan toleh belakang.”
betul, tapi kadangkala tolehan seratus lapan puluh darjah kebelakang adalah perlu. perlu untuk menilai kembali anugerah hidup ini. tapi aku menjadi sedih tatkala menoleh. sebab apa, biar aku simpan sendiri.
