Thursday, July 22, 2010

berkorban itu tidak salah.

aku baru sahaja selesai membaca post terkini rakan aku, juice. aku amat setuju dengan apa yang dipekatakan. salut bro.

kalau kita cintakan seseorang, tak semestinya orang tu rasa benda yang sama dengan kita. jangan dipaksa seseorang itu untuk mencintai kita. aku juga ada pengalaman seperti itu. aku rasa, tidak ada salahnya kita membantu orang yang kita cinta, untuk mendapatkan seseorang yang dia cinta, walaupun kita rasa sakit di dalam, sakit untuk melihat orang yang kita cinta memilih orang lain. pada aku itu sesuatu yang mulia.

aku sendiri pernah sakit, pernah merasa apa yang aku tulis ini. tapi pada aku, asalkan dia gembira, aku rasa puas. aku juga pernah dilabel sebagai bodoh kerana melakukan tindakan ini. tindakan yang dicemuh oleh sesetengah pihak, yang pada aku tak tahu erti sebenar cinta itu. tapi segala cemuhan itu aku tolak ketepi. tidak ada faedah menuruti mereka-mereka yang berfikiran kolot seperti itu.

aku bertindak untuk kepuasan diri aku sendiri, bukan kehendak masyarakat bermentaliti rendah.


2 comments: