Friday, December 31, 2010

2011.

Memang banyak peristiwa yang dah berlaku pada tahun 2010. Tahun-tahun lain pun banyak juga. Tiada apa yang perlu dihairankan. Tapi satu yang gua pasti, 2011 adalah satu peringatan bahawa umur gua meningkat setahun lagi.

Gua semakin dekat dengan mati.

Thursday, December 30, 2010

Leizer.

Gua bosan gila-babi-la-sial kat rumah. Kejap lagi nak pergi beli laser suluh jiran sebelah.

Tuesday, December 21, 2010

Si Gadis Berbaju Kuning.

Gua terbangun pagi ni dengan perasaan kacau, tertekan, hilang akal persis perokok meracau bilamana tiada lighter ketika rokok sudah tersisip kemas di bibir. Kenapa gua masih di Malaysia?! Gua nekad, sempena cuti yang tidak memberansangkan ini, gua akan mengembara ke bumi St. Petersburg! Bukan untuk bertemu rakan gua si Juice atau Daim. Kalau nak cari mereka, tunggu balik Malaysia boleh. Misi gua tidak lain tidak bukan, untuk mencari cinta hati gua, si Gadis Berbaju Kuning!


Sebelum bertolak gua kena hafal peribahasa banyak-banyak.

Thursday, December 16, 2010

Please Remind Me.

Gua memandu laju kereta Volkswagen Beetle convertible gua atas jalan raya. Walaupun gua pandu kereta dengan laju, tapi tiada polis yang menahan gua. Ah, mungkin polis tak dapat ikut kelajuan gua. Mungkin juga sudah berdozen-dozen saman gua sekarang. Pedulikan. Dalam kepala gua tengah sibuk memikirkan benda lain.

Gua tak sedar jauh mana gua jalan. Gua hanya tersedar bila sampai di terowong highway Karak. Tiba-tiba awek gua menyapa gua dari tempat duduk penumpang di sebelah kiri gua.

"hoi, jauh termenung?"

Gua sedikit terperanjat. Nasib baik gua jenis terperanjat yang tenang dan cool. Kalau tak mungkin juga gua sama awek gua arwah itu jam jugak.

"Tengah fikir pasal bisnes."

Gua menipu dengan tenang. Tiba-tiba mata gua diterjah oleh satu cahaya yang silau. Mungkin kerana agak lama gua berada di dalam terowong tadi.

"Awak lap.."

Soalan tersebut tak sempat gua habiskan bilamana awek gua yang duduk di tempat duduk penumpang di sebelah kiri gua hilang lenyap dari fokus mata gua. Serta-merta gua sedar gua hanya berkhayal pasal awek gua.

***

Gua tengah sedap-sedap baring atas karpet mahal yang baru gua beli bila tetiba awek gua menerjah masuk dengan membawa Scrabble. 


"Awak, jom main! Kali ni mesti saya menang!"

Kata awek gua dengan penuh semangat. Gua sebagai lelaki sejati mana pernah tolak sama cabaran-cabaran, walaupun cabaran yang remeh seperti itu. Gua pernah dapat jolokan juara Scrabble masa di kolej dulu. Ada hati awek gua nak kalahkan gua. Huh.

"Tak aci! awak main tipu!"

Bentak awek gua setelah kalah dengan teruk di tangan gua. Siap baling bantal lagi. Gua dah cakap, lu orang tak nak percaya. Awek gua dengan muka panas bangun dan terus keluar dari ruang tamu. Aduh, nak kena pujuk pulak. Gua memang fail bab-bab ni. Nak tak nak, gua terpaksa bangun, pergi menunaikan kewajipan dan tanggungjawab gua sebagai pakwe yang mithali.

Gua cari awek gua kat depan, tiada. Gua mengalih arah ke taman belakang. Sudah gua agak, dia ada di situ. Gua duduk sebelah awek gua. Muka awek gua masih lagi masam, kelat, sampai gua dah tak sanggup nak tengok. Gua pun capai gitar kat sebelah gua. Macam mana gitar tu ada kat situ pun gua tak tahu. Gua main lagu Metallica. Maklumlah, gua kan rocker. Tapi nampaknya awek gua tak berapa minat Metallica. Gua boleh cam dari muka awek gua yang makin masam. Ikut hati mahu saja masuk pekena tidur dalam bilik, tapi apakan daya, dia saja buah hati gua. Gua tukar strategi. Gua main lagu Teddy Geiger, walaupun suara gua lagi sedap dan macho dari si Teddy Geiger tu. Gua siap goreng lagi depan awek gua dengan gaya yang macho. Nah, strategi yang baik akan menghasilkan keputusan yang baik. Awek gua dari masam terus tepuk tangan terkinja-kinja. Hai, nasib baik awek gua.

Malam tu gua dengan awek gua tengok televisyen di rumah. Keluar pulak cerita P. Ramlee. Gua dengan awek gua layan sambil makan roti butterscotch betul-betul sedap. Tengah khusyuk gua layan P. Ramlee, awek gua mengada-ngada nak pakai jam tangan gua. Woi jam Swatch ni, mahal tau! Tapi sebab gua pakwe yang baik dan hensem, gua pun bagilah. Siap pakaikan lagi. Gua memang terbaik.

Tiba-tiba tanpa elemen kejutan, awek gua keluarkan sebuah kotak warna krim kalau tak silap gua. Maklumlah, lampu gua tak pasang, yang ada hanya cahaya daripada televisyen gua. Duduk dengan awek kena romantik sikit.

"Surprise!"

Kata awek gua dengan eksaited teramat. Gua bukak kotak tu, di dalam ada sebuah jam poket warna perak.

"Fuiyo!"

Gua buat-buat eksaited sekali, sebagai menghargai hadiah yang awek gua penat-penat beli tu. Lu orang ingat murah jam poket tu? Perak tu. Tapi tak taulah kalau awek gua beli jam tu kat Downtown Cheras. Tapi gua peduli apa.

***

Kereta gua masih di atas jalan raya. Dah memang tempat kereta atas jalan raya. Fikiran gua masih memikirkan peristiwa tersebut. Peristiwa di mana gua bertekak dengan awek gua. Gua jenis yang tak suka bergaduh. tapi sekali dah bergaduh, memang gua akan jadi brutal, kejam, ganas. Tapi gua taklah nak buat naya awek gua. Gaduh memang gaduh, sayang tetap sayang. Last-last, dah tak tahan gaduh, gua cabut naik kereta, tinggalkan awek gua. Gua jadi dayus sekejap. Dan gua menyesal. Gua keluarkan jam poket yang awek gua hadiahkan. Gua genggam erat-erat.

Hari sudah malam. Akhirnya gua sampai ke rumah awek gua. Seksa betul nak sampai rumah awek gua ni. Tapi sebagai pakwe, gaduh macam mana sekalipun, gua tetap kena pujuk, kan? Dengan doa serta tawakkal, gua melangkah masuk rumah awek gua..

Lu orang mesti dah tau ending macam mana. Tak tahu jugak tengok video bawah.



Monday, December 13, 2010

Sejenak Lagi Sekali ke Masa Hadapan.

Gua dongak ke langit. Cuaca tahun 2020 memang selalu mendung. Kiamat sudah dekat agaknya.

"Papa, papa, Farah dapat markah penuh dalam matematik!" jerit anak gua di depan pintu pagar sekolah masa gua datang jemput dia tengahari itu. Perasaan gua bercampur bangga dan segan sebab anak gua menjerit macam gua duduk sebatu jauhnya, padahal jarak gua dengan Farah taklah sampai satu meter. "Pandai anak papa. Nanti papa belanja makan choki choki eh? Dah dah masuk dalam kereta. Hari dah nak hujan ni." Budak-budak ni tak boleh bagi muka sangat, nanti naik lemak. Muka Farah terus bertukar jadi masam. Keh keh keh. Gua memang pandai didik anak.

***

Sampai di rumah, Farah terus berlari mendapatkan emaknya, mengadu sebab gua hanya belanja dia choki choki. Hai, budak-budak zaman sekarang memang tak pandai menghargai kelazatan choki choki. Gua melabuhkan punggung gua atas kerusi malas, sambil buka surat khabar semalam yang belum sempat gua baca. Maklumlah, kerjaya gua sekarang jarang bagi peluang untuk gua rehat-rehat baca surat khabar.

"Choki choki saja? Saya ingatkan awak guna choki choki sebab nak mengorat saya je dulu. Dengan anak pun awak guna?" 

Tanya bini gua. Gua tutup surat khabar, gua letak tepi. Lagipun tak ada guna baca berita semalam. Bini gua lagi menyeronokkan daripada surat khabar.

"Alah, budak-budak, biarlah. Bagi banyak sangat, nanti naik lemak." 

Gua membalas dengan keyakinan tinggi. Bini gua hanya mampu tersenyum. Sebagai seorang suami yang mithali dan ayah yang hebat, gua faham maksud senyuman bini gua itu.

"Alah, saya main-main sajalah. saya bukannya kedekut sangat dengan anak sampai nak belanja choki choki saja. Saya nak bawa dia makan bufet malam ni. Surprise la katakan. Mahu?"
"Hehe tau pun awak. Penat-penat saya ajar dia matematik siang malam, awak belanja choki choki je."
"Alah saya bukan tak nak ajar, tapi awak pun tau kan, dulu saya pernah  fail add math. Trauma tu masih ada sampai sekarang." 

Jelas gua sambil mengimbau kenangan gua kat sekolah dulu. Gua memang tak minat matematik tambahan daripada dulu lagi. Gua lulus pun sebab bekas kekasih gua dulu tolong ajar.

"Awak, betul ke ini kehidupan yang awak nak?"

Tanya bini gua secara tiba-tiba. Gua tersentak.

"Kenapa awak tanya?"

Gua tanya balik dalam nada keliru. Kalau lu orang tak tahu macam mana, sila tonton drama dengan lebih giat lagi.

"Awak tahukan semua ini hanya khayalan imaginasi awak? Saya dengan Farah tak wujud. Awak pun bukannya arkitek."

"Hah? Apa awak cakap ni?"

Gua semakin keliru.

"Awak, awak hanya berkhayal. Awak masih belum kahwin, belum ada anak, belum bekerja. Awak belajar pun belum habis lagi. Ada hati nak jadi arkitek, nak kahwin dengan wanita cantik macam saya. Awak sekarang ni masih di tahun 2010, bukan 2020."

"Awak biar betul. Awak jangan main-main. Saya mana pernah ambil dadah sampai nak khayal-khayal macam ni."

Tanya gua dengan muka berpeluh macam baru lepas main bola.

"Percayalah, awak hanya berkhayal. Awak patut sedar sekarang, habiskan pelajaran awak, dan dapatkan kerja yang bagus. Kemudian saya pasti akan muncul dalam hidup awak."

"Hah? tidak! tidakk! tidakkkk!!"

Persekitaran gua jadi gelap.

***

Gua buka mata. Gua capai handphone. Gua tengok tarikh. 13 Dis 2010. Cis, ternyata gua hanya berkhayal. 


Friday, December 10, 2010

Sejenak ke Masa Hadapan.

"Farah, bangun, pergi mandi, lepas tu solat subuh dan siap-siap ke sekolah ya nak." arah ku dengan sedikit gaya ayah terbaik tahunan kepada anakku Farah. "Budak-budak sekarang memang susah bangun ya bang," isteriku mencelah secara tiba-tiba. Aku membalas dengan senyuman ikhlas-pasti-cair yang sememangnya mencairkan hati isteriku setiap kali aku mengaktifkan hikmat keramat tersebut.

"Siapkan sarapan ya Mah," pesanku sebab perutku dah berbunyi macam haram. Mau aku pengsan di pejabat kalau tak sarapan pagi ni.

"Baik bang." balas lembut isteriku. Sudah, aku pulak yang cair. Aku terus bersiap-siap memakai sehabis baikku sebab hari ini perlu berjumpa dengan client untuk membincangkan pelan banglo beliau yang bernilai RM 5 juta. "Orang sekarang memang pandai membazir duit," kataku dengan senyuman sinis.

Alangkah bagusnya kalau semua ni jadi kenyataan. Siapa yang tak mahu kehidupan bahagia, bukan?

Wednesday, December 8, 2010

QuixoFixed.

 sila klik gambar di atas untuk ke laman web kami.

Thursday, December 2, 2010

Epitome.

pernah rasa taufan, letusan gunung berapi, kucar-kacir dan huru-hara? itu epitome terbaik apa yang aku rasa sekarang.