Thursday, December 16, 2010

Please Remind Me.

Gua memandu laju kereta Volkswagen Beetle convertible gua atas jalan raya. Walaupun gua pandu kereta dengan laju, tapi tiada polis yang menahan gua. Ah, mungkin polis tak dapat ikut kelajuan gua. Mungkin juga sudah berdozen-dozen saman gua sekarang. Pedulikan. Dalam kepala gua tengah sibuk memikirkan benda lain.

Gua tak sedar jauh mana gua jalan. Gua hanya tersedar bila sampai di terowong highway Karak. Tiba-tiba awek gua menyapa gua dari tempat duduk penumpang di sebelah kiri gua.

"hoi, jauh termenung?"

Gua sedikit terperanjat. Nasib baik gua jenis terperanjat yang tenang dan cool. Kalau tak mungkin juga gua sama awek gua arwah itu jam jugak.

"Tengah fikir pasal bisnes."

Gua menipu dengan tenang. Tiba-tiba mata gua diterjah oleh satu cahaya yang silau. Mungkin kerana agak lama gua berada di dalam terowong tadi.

"Awak lap.."

Soalan tersebut tak sempat gua habiskan bilamana awek gua yang duduk di tempat duduk penumpang di sebelah kiri gua hilang lenyap dari fokus mata gua. Serta-merta gua sedar gua hanya berkhayal pasal awek gua.

***

Gua tengah sedap-sedap baring atas karpet mahal yang baru gua beli bila tetiba awek gua menerjah masuk dengan membawa Scrabble. 


"Awak, jom main! Kali ni mesti saya menang!"

Kata awek gua dengan penuh semangat. Gua sebagai lelaki sejati mana pernah tolak sama cabaran-cabaran, walaupun cabaran yang remeh seperti itu. Gua pernah dapat jolokan juara Scrabble masa di kolej dulu. Ada hati awek gua nak kalahkan gua. Huh.

"Tak aci! awak main tipu!"

Bentak awek gua setelah kalah dengan teruk di tangan gua. Siap baling bantal lagi. Gua dah cakap, lu orang tak nak percaya. Awek gua dengan muka panas bangun dan terus keluar dari ruang tamu. Aduh, nak kena pujuk pulak. Gua memang fail bab-bab ni. Nak tak nak, gua terpaksa bangun, pergi menunaikan kewajipan dan tanggungjawab gua sebagai pakwe yang mithali.

Gua cari awek gua kat depan, tiada. Gua mengalih arah ke taman belakang. Sudah gua agak, dia ada di situ. Gua duduk sebelah awek gua. Muka awek gua masih lagi masam, kelat, sampai gua dah tak sanggup nak tengok. Gua pun capai gitar kat sebelah gua. Macam mana gitar tu ada kat situ pun gua tak tahu. Gua main lagu Metallica. Maklumlah, gua kan rocker. Tapi nampaknya awek gua tak berapa minat Metallica. Gua boleh cam dari muka awek gua yang makin masam. Ikut hati mahu saja masuk pekena tidur dalam bilik, tapi apakan daya, dia saja buah hati gua. Gua tukar strategi. Gua main lagu Teddy Geiger, walaupun suara gua lagi sedap dan macho dari si Teddy Geiger tu. Gua siap goreng lagi depan awek gua dengan gaya yang macho. Nah, strategi yang baik akan menghasilkan keputusan yang baik. Awek gua dari masam terus tepuk tangan terkinja-kinja. Hai, nasib baik awek gua.

Malam tu gua dengan awek gua tengok televisyen di rumah. Keluar pulak cerita P. Ramlee. Gua dengan awek gua layan sambil makan roti butterscotch betul-betul sedap. Tengah khusyuk gua layan P. Ramlee, awek gua mengada-ngada nak pakai jam tangan gua. Woi jam Swatch ni, mahal tau! Tapi sebab gua pakwe yang baik dan hensem, gua pun bagilah. Siap pakaikan lagi. Gua memang terbaik.

Tiba-tiba tanpa elemen kejutan, awek gua keluarkan sebuah kotak warna krim kalau tak silap gua. Maklumlah, lampu gua tak pasang, yang ada hanya cahaya daripada televisyen gua. Duduk dengan awek kena romantik sikit.

"Surprise!"

Kata awek gua dengan eksaited teramat. Gua bukak kotak tu, di dalam ada sebuah jam poket warna perak.

"Fuiyo!"

Gua buat-buat eksaited sekali, sebagai menghargai hadiah yang awek gua penat-penat beli tu. Lu orang ingat murah jam poket tu? Perak tu. Tapi tak taulah kalau awek gua beli jam tu kat Downtown Cheras. Tapi gua peduli apa.

***

Kereta gua masih di atas jalan raya. Dah memang tempat kereta atas jalan raya. Fikiran gua masih memikirkan peristiwa tersebut. Peristiwa di mana gua bertekak dengan awek gua. Gua jenis yang tak suka bergaduh. tapi sekali dah bergaduh, memang gua akan jadi brutal, kejam, ganas. Tapi gua taklah nak buat naya awek gua. Gaduh memang gaduh, sayang tetap sayang. Last-last, dah tak tahan gaduh, gua cabut naik kereta, tinggalkan awek gua. Gua jadi dayus sekejap. Dan gua menyesal. Gua keluarkan jam poket yang awek gua hadiahkan. Gua genggam erat-erat.

Hari sudah malam. Akhirnya gua sampai ke rumah awek gua. Seksa betul nak sampai rumah awek gua ni. Tapi sebagai pakwe, gaduh macam mana sekalipun, gua tetap kena pujuk, kan? Dengan doa serta tawakkal, gua melangkah masuk rumah awek gua..

Lu orang mesti dah tau ending macam mana. Tak tahu jugak tengok video bawah.



No comments:

Post a Comment