Friday, December 10, 2010

Sejenak ke Masa Hadapan.

"Farah, bangun, pergi mandi, lepas tu solat subuh dan siap-siap ke sekolah ya nak." arah ku dengan sedikit gaya ayah terbaik tahunan kepada anakku Farah. "Budak-budak sekarang memang susah bangun ya bang," isteriku mencelah secara tiba-tiba. Aku membalas dengan senyuman ikhlas-pasti-cair yang sememangnya mencairkan hati isteriku setiap kali aku mengaktifkan hikmat keramat tersebut.

"Siapkan sarapan ya Mah," pesanku sebab perutku dah berbunyi macam haram. Mau aku pengsan di pejabat kalau tak sarapan pagi ni.

"Baik bang." balas lembut isteriku. Sudah, aku pulak yang cair. Aku terus bersiap-siap memakai sehabis baikku sebab hari ini perlu berjumpa dengan client untuk membincangkan pelan banglo beliau yang bernilai RM 5 juta. "Orang sekarang memang pandai membazir duit," kataku dengan senyuman sinis.

Alangkah bagusnya kalau semua ni jadi kenyataan. Siapa yang tak mahu kehidupan bahagia, bukan?

6 comments: