Okay. Mungkin dengan entri ni gua nampak macam paranoid, atau apa pun lu orang nak panggil. Mungkin lu orang akan cakap gua ni kecoh, bukan femes pun nak ungkit-ungkit pasal plagiarism ni. Gua tau gua tak femes macam Suffian Abas, ataupun Ayam Fared, ataupun sahabat gua Juice. Follower gua pun berapa orang je. Tapi gua hargai penulisan. Dan penulisan ni bukan boleh buat main-main. Bukan senang-senang lu orang boleh ambil dan letak dalam blog lu orang tanpa sebarang kredit, penghargaan atau apa-apa yang lu orang boleh letak menandakan penulisan tu bukan hasil kerja lu orang, tapi hasil kerja titik peluh orang lain yang menulis. Bukan susah pun nak letak kredit.
Gua hargai kalau ada yang minat dan suka dengan penulisan gua yang tak seberapa tu. Penulis mana yang tak suka. Tapi perlulah kena dengan caranya. Mungkin minah ni lupa letak kredit. Mungkin juga dia tidak tahu cara yang betul. Gua tak mahu menuduh yang bukan-bukan. Gua cuma boleh harap minah ni sedar cara yang betul, dan perbetulkan apa yang salah. Sama-sama kita doakan.
Sila klik link ini untuk tahu apa yang gua maksudkan.
http://eyan-akuadalaheyan.blogspot.com/2011/06/gadis-klasik.html
Wednesday, June 29, 2011
Tuesday, June 28, 2011
Gadis Klasik 2.
Klaus memerhati Gadis Klasik itu dari meja paling jauh di dalam bar The Hundreds itu. Hampir setiap hari Klaus akan melakukan perkara yang sama. Selepas tamat waktu pejabat, Klaus akan ke The Hundreds, memesan segelas Jack Daniel's, dan duduk di meja paling jauh daripada Gadis Klasik itu. Klaus tidak pernah melakukan sesuatu yang lebih daripada itu. Hanya duduk, dan memerhati. Selepas tamat shif Gadis Klasik tersebut sebagai bartender, baru Klaus akan pulang, bersedia untuk mengulang perbuatan tersebut pada esok hari. Itulah jadual harian Klaus.
***
Gadis Klasik itu memang klasik. Daripada cara pemakaian hingga pertuturan, memang klasik. Itu membuatkan dia menjadi perhatian di The Hundreds. Hampir setiap masa ada saja yang mahu menegur. Mungkin kerana mereka merasakan bahawa dia sesuatu yang aneh untuk zaman itu. Kereta sudah terapung, manusia sudah ke Pluto, barah sudah punya penawar, android sudah berkeliaran, namun si Gadis Klasik masih klasik. Masih. Itu membuatkan kerjanya sebagai bartender tidak pernah sunyi. Sentiasa kecoh dengan hilai tawa dan dekahan-dekahan jejaka mabuk. Namun tumpuan Gadis Klasik hanya satu. Hanya kepada jejaka di meja paling hujung, yang saban hari memesan Jack Daniel's. Hanya kepada jejaka itu, tidak kepada lain.
***
Namun Klaus dan Gadis Klasik tidak pernah bertemu, meluahkan rasa masing-masing.
Saturday, June 18, 2011
Cerita Abah Gua.
Masa tu hari sabtu. Gua umur tak banyak lagi, sekolah pun belum gua rasa. Gua ikut mak abah gua ke tempat mak abah gua kerja. Cadangnya, petang tu gua akan ke kampung di Kelantan. Cadangnya lepas maghrib. Itu pun sebab gua yang mintak. Kalau tak mak abah gua nak balik tengahari. Sebab musabab gua tak bagi balik tengahari tak lain tak bukan sebab gua nak tengok Keluang Man itu hari. Keh keh keh memang budak-budak.
Tapi itu jam mak abah gua buat kejutan sama gua. Mak abah gua mahu balik tengahari tu jugak. Gua yang masih kecik berkata ini tak boleh jadi! Habis hancur lebur rancangan gua nak tengok siri Keluang Man itu petang. Gua dengan otak gua yang juga masih kecik tak mampu menerima dugaan yang agak hebat itu. Lalu gua pun menangis dengan semahu-mahunya. Iyelah, budak kecik. Tapi satu salah gua, gua menangis dekat dalam opis mak abah gua. Makanya, tangisan gua itu menjadi tontonan umum rakan-rakan sejawat mak abah gua. Keh keh keh memang budak-budak.
Tapi satu gua nak salut sama abah gua. Gua rasa kalau anak orang lain, itu jam jugak dapat makan penampar. Tapi abah gua pujuk gua baik-baik, kasi ayat cair sikit kat gua. Akhirnya pujukan abah gua menjadi. Gua naik kereta. Macam biasa, kalau gua naik kereta, gua akan tidur. Gua tidur dalam tangisan. Keh keh keh memang budak-budak.
Nampak macam cerita biasa? Sabar, gua sambung.
Tajuk pun pasal abah gua kan? Jadinya abah gua buat magik itu hari. Gua sampai rumah nenek gua betul-betul sebelum Keluang Man bermula. Gua sengih sampai telinga. Dalam hati dah rasa malu sebab buat drama kat pejabat tadi. Kesian mak abah gua jatuh air muka akibat tindakan drastik gua tersebut.
"Hah, puas hati?"
Abah gua kasi perli satu kali. Keh keh keh abah gua memang awesome!
Apa-apa pun, gua nak mintak maaf sama abah gua atas semua tindakan bodoh gua selama ni. Gua bersyukur sebab masih ada abah. Orang lain ada yang tak senasib dengan gua. Makanya, di hari yang mulia ini, Gua nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada abah gua, Ismail b. Karmun. Walaupun apa pun yang gua dah lalui dengan abah gua sepanjang gua hidup ni, gua tetap sayang abah gua.
Selamat Hari Bapa.
Tuesday, June 7, 2011
The Life And Times
This is us. This is the reason why we are crazy as shit. We eat while we are working, sleep while working, and God knows what else we do while we are working. The clocks never seem to be working for us. Sometimes we dont even know whether it's day or night. But this is who we are. Damn mate. I really miss those moments.
the Life and Times from shamin sahrum on Vimeo.
And thanks Prolly for reviewing this. Only god knows how much we appreciate it. Thank you.
the Life and Times from shamin sahrum on Vimeo.
And thanks Prolly for reviewing this. Only god knows how much we appreciate it. Thank you.
Monday, June 6, 2011
Awak Mahu Beli Hati Saya?
Ahmad berdiri seorang di stesen elarti, menunggu tren untuk ke 2nd Avenue. Sudah hampir 45 minit Ahmad menunggu. Salji turun agak lebat seperti tidak mahu berhenti. Seperti mahu memutihkan seluruh permukaan bumi, agar tertutup segala cacat cela yang dilakukan manusia. Sebatang Dunhill dikeluarkan, lalu dinyalakan hujungnya. Asap keluar berkepul-kepul bercampur dengan salji yang turun. Suasana sekeliling cukup suram.
Tiba-tiba seorang gadis menghampiri Ahmad. Gadis itu memakai topi merah yang cantik. Comel, fikir Ahmad. Awak mahu beli hati saya? Tanya si gadis bertopi merah. Berapa, Ahmad tanya. Si gadis bertopi merah mengangkat tiga jari. 30 dolar? Ya, 30 dolar. Si gadis bertopi merah tersenyum.
Ahmad menyeluk kocek dan mengeluarkan tiga keping not hijau bertulis 10, lalu diberikan kepada si gadis bertopi merah. Nah. Ahmad mengambil hati si gadis bertopi merah lalu memulas tombol kecil di dadanya. Dada Ahmad terbuka lalu disimpan hati itu di dalam.
Salji tiba-tiba berhenti.
Sebuah tren sampai dengan bunyi hon deras seperti keretapi. Ahmad dan si gadis bertopi merah berpimpin tangan masuk ke dalam dan pintu tertutup. Tren bergerak pergi.
Tiba-tiba seorang gadis menghampiri Ahmad. Gadis itu memakai topi merah yang cantik. Comel, fikir Ahmad. Awak mahu beli hati saya? Tanya si gadis bertopi merah. Berapa, Ahmad tanya. Si gadis bertopi merah mengangkat tiga jari. 30 dolar? Ya, 30 dolar. Si gadis bertopi merah tersenyum.
Ahmad menyeluk kocek dan mengeluarkan tiga keping not hijau bertulis 10, lalu diberikan kepada si gadis bertopi merah. Nah. Ahmad mengambil hati si gadis bertopi merah lalu memulas tombol kecil di dadanya. Dada Ahmad terbuka lalu disimpan hati itu di dalam.
Salji tiba-tiba berhenti.
Sebuah tren sampai dengan bunyi hon deras seperti keretapi. Ahmad dan si gadis bertopi merah berpimpin tangan masuk ke dalam dan pintu tertutup. Tren bergerak pergi.
Wednesday, June 1, 2011
FORKUSTIK : Seni Untuk Sebuah Revolusi?
Video dah lama, tahun lepas. Tapi aku baru dapat tahu. Memang tak up-to-date kata orang putih.
Subscribe to:
Posts (Atom)