Saturday, June 18, 2011

Cerita Abah Gua.

Masa tu hari sabtu. Gua umur tak banyak lagi, sekolah pun belum gua rasa. Gua ikut mak abah gua ke tempat mak abah gua kerja. Cadangnya, petang tu gua akan ke kampung di Kelantan. Cadangnya lepas maghrib. Itu pun sebab gua yang mintak. Kalau tak mak abah gua nak balik tengahari. Sebab musabab gua tak bagi balik tengahari tak lain tak bukan sebab gua nak tengok Keluang Man itu hari. Keh keh keh memang budak-budak.

Tapi itu jam mak abah gua buat kejutan sama gua. Mak abah gua mahu balik tengahari tu jugak. Gua yang masih kecik berkata ini tak boleh jadi! Habis hancur lebur rancangan gua nak tengok siri Keluang Man itu petang. Gua dengan otak gua yang juga masih kecik tak mampu menerima dugaan yang agak hebat itu. Lalu gua pun menangis dengan semahu-mahunya. Iyelah, budak kecik. Tapi satu salah gua, gua menangis dekat dalam opis mak abah gua. Makanya, tangisan gua itu menjadi tontonan umum rakan-rakan sejawat mak abah gua. Keh keh keh memang budak-budak.

Tapi satu gua nak salut sama abah gua. Gua rasa kalau anak orang lain, itu jam jugak dapat makan penampar. Tapi abah gua pujuk gua baik-baik, kasi ayat cair sikit kat gua. Akhirnya pujukan abah gua menjadi. Gua naik kereta. Macam biasa, kalau gua naik kereta, gua akan tidur. Gua tidur dalam tangisan. Keh keh keh memang budak-budak.

Nampak macam cerita biasa? Sabar, gua sambung.

Tajuk pun pasal abah gua kan? Jadinya abah gua buat magik itu hari. Gua sampai rumah nenek gua betul-betul sebelum Keluang Man bermula. Gua sengih sampai telinga. Dalam hati dah rasa malu sebab buat drama kat pejabat tadi. Kesian mak abah gua jatuh air muka akibat tindakan drastik gua tersebut.

"Hah, puas hati?"

Abah gua kasi perli satu kali. Keh keh keh abah gua memang awesome!

Apa-apa pun, gua nak mintak maaf sama abah gua atas semua tindakan bodoh gua selama ni. Gua bersyukur sebab masih ada abah. Orang lain ada yang tak senasib dengan gua. Makanya, di hari yang mulia ini, Gua nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada abah gua, Ismail b. Karmun. Walaupun apa pun yang gua dah lalui dengan abah gua sepanjang gua hidup ni, gua tetap sayang abah gua.

Selamat Hari Bapa.

1 comment: