Monday, June 6, 2011

Awak Mahu Beli Hati Saya?

Ahmad berdiri seorang di stesen elarti, menunggu tren untuk ke 2nd Avenue. Sudah hampir 45 minit Ahmad menunggu. Salji turun agak lebat seperti tidak mahu berhenti. Seperti mahu memutihkan seluruh permukaan bumi, agar tertutup segala cacat cela yang dilakukan manusia. Sebatang Dunhill dikeluarkan, lalu dinyalakan hujungnya. Asap keluar berkepul-kepul bercampur dengan salji yang turun. Suasana sekeliling cukup suram.

Tiba-tiba seorang gadis menghampiri Ahmad. Gadis itu memakai topi merah yang cantik. Comel, fikir Ahmad. Awak mahu beli hati saya? Tanya si gadis bertopi merah. Berapa, Ahmad tanya. Si gadis bertopi merah mengangkat tiga jari. 30 dolar? Ya, 30 dolar. Si gadis bertopi merah tersenyum.

Ahmad menyeluk kocek dan mengeluarkan tiga keping not hijau bertulis 10, lalu diberikan kepada si gadis bertopi merah. Nah. Ahmad mengambil hati si gadis bertopi merah lalu memulas tombol kecil di dadanya. Dada Ahmad terbuka lalu disimpan hati itu di dalam.

Salji tiba-tiba berhenti.

Sebuah tren sampai dengan bunyi hon deras seperti keretapi. Ahmad dan si gadis bertopi merah berpimpin tangan masuk ke dalam dan pintu tertutup. Tren bergerak pergi.

6 comments:

  1. apa yang dah pergi, biarkan pergi.. yang menanti itu yang pasti

    ReplyDelete
  2. betul. aku pun dah lepaskan semua yg patut aku lepaskan. sekarang kena mencari yang lain la. haha

    ReplyDelete
  3. eeeeeeeee...jiwang dot!-yan :p

    ReplyDelete
  4. ape jiwang2? dah la tak kasi tengok blog. hahaha ;P

    ReplyDelete
  5. zzzzz....my blog so personal YOUUUUuuu.... HAHAH!tgk2 ade name je... hahaha ko tak leh tgk

    ReplyDelete
  6. hahaha siot. takpe takpe. nothing is impossible. i'll find a way. ingat aku tak reti wlwpun bukan student IT? keh keh keh.

    ReplyDelete