Friday, July 9, 2010

perangai manusia sekalian alam.

sepanjang 20 tahun 7 bulan 9 hari aku hidup atas muka bumi Allah ni, dah macam macam aku lalui. nak cakap banyak pengalaman, xdelah sangat. cuma cukuplah nak buat pedoman sendiri sendiri.
aku sedar aku bukanlah perfek sangat. perfek tu mustahil, hanya Dia sahaja yang sempurna. aku ade jugak perangai pelik yang boleh buat manusia benci kat aku. biasalah, lumrah.

mengata, memang dah sebati dengan masyarakat melayu. xtahu asal usul, terus kene sembur. lepak lepaklah, kan? kalau xtahu masalah orang, jangan bajet tahu. aku xpernah nak sebuk pasal kau, jangan lah kau sebuk jage bontot aku. bukan marah, nasihat.

bila kita rapat dengan orang, memang seronok beronok ronok. aku pun suka rapat dengan kau. tapi kalau aku senyap, jauhkan diri, janganlah marah sakit hati. bak kata orang, malu bertanya, sesat jalan. jadi, tanya lah dahulu, baru buat kesimpulan. ini dengan xtahu apa apa, terus nak marah aku, kutuk aku sombong xlepak sekali. kamonlah, dah period, dah matang, gunalah otak anda tu. jangan lah kutuk tanpa usul periksa. bukan aku xtegur kau langsung. aku ada masalah sendiri.

entahkah. manusia, kata jahil, marah. kata pandai, memang jahil macam keldai. bukan nak marah, nasihat. nak ikut, amek, xnak ikut, bukak tong sampah, campak, tutup balik. kau senang, aku senang.

tapi aku tahu, mulut orang susah nak tutup. xpelah, dah bosan nanti, senyaplah tu. tapi bila, tu aku xtau..

1 comment: