Bonda aku pernah bercerita dahulu, di mana pada masa itu Bonda masih kecil. Di kampung itu, ada seorang yang cukup suka sama Bonda, sehinggakan setiap hari, Bonda akan menerima sekuntum bunga mawar daripadanya. Tapi Bonda tidak pernah berbicara dengannya.
Sehinggalah pada satu hari..
Kassim, jejaka yang menyukai Bonda datang meluahkan rasa. Kassim kata, dia tak pernah menyukai wanita lain, selain Bonda. Dia makan, dia nampak Bonda. Dia tidur, dia nampak Bonda. Dia menuai padi, dia nampak Bonda. Seolah-olah ada seseorang yang mengukir imej bonda di kornea matanya. Dia berharap Bonda mahu menjadi miliknya.
Bonda tersenyum, dan Bonda bersetuju kerana tindakan Kassim yang memberi Bonda mawar setiap hari itu sangat mencuit hati Bonda. Muka Kassim bertukar ceria sejurus jawapan Bonda. Kassim terlalu girang sehingga dia melompat kegembiraan. Namun, disebabkan terlalu gembira, Kassim terlebih lompat, lalu menembusi atmosfera Bumi, terus ke stratosfera, mesosfera, dan terapung di eksosfera, di mana Kassim bergerak makin jauh daripada Bumi disebabkan oleh inertia yang diakibatkan oleh lantunan lompatan Kassim di permukaan Bumi tadi*. Sifat angkasa yang tidak punya geseran menyebabkan Kassim yang berada dalam keadaan bergerak(motion) tidak akan berhenti, selama-lamanya.
Kesian Kassim. Semakin hari semakin jauh daripada Bonda.
Oleh itu, Bonda berkata, jika suka sama seseorang, jangan terlalu eksaited. Nanti aku akan terbang ke luar Bumi, sama seperti apa yang terjadi sama Kassim. Baik Bonda, aku akan ingat pesan Bonda.
*Orang dulu-dulu kata, jika kita dilamun cinta, hukum graviti tidak akan memberi kesan kepada tubuh badan kita. Ingat ya semua.
No comments:
Post a Comment