Sesusuk tubuh lelaki termenung berdiri di hadapan
countertop dapur sebuah apartment. Lelaki itu hanya termenung memandang jauh ke dalam sebuah mesin pengisar yang terbuka penutupnya. Dia merasakan kehidupannya di dunia ini bagaikan satu konspirasi gelap yang cuba menipu dan mengawal rakyat menggunakan tali-tali halus yang berpusat pada satu titik di atas langit, yang kemudian terpesong ke bawah dan menerobos masuk ke bumi. Dalam konteks ini, dia merasakan bahawa dia adalah seperti boneka yang hanya ada otak fikiran, tanpa sebarang anggota untuk tindakan.
Pemegang tali-tali itu akan menarik satu-satu manusia dengan suka-suka. Manusia rela tanpa daya. Seorang tarik satu, seorang tarik dua. Apabila cukup, manusia-manusia itu dimasukkan ke dalam pengisar, dikisar sehingga lumat menjadi jus merah hanyir, yang kemudiannya dihidang sebagai santapan pemuas dahaga.
Dunia, sememangnya sudah korup.
No comments:
Post a Comment