Sunday, December 25, 2011

Antara Mainstream dan Underground.

"Sekarang ni banyak band underground dah main mainstream. Semua nak femes."
"Eh, Hujan bukan indie lah, dia dah mainstream sekarang. Malas aku nak layan dorang lagi."
"Weh, tadi aku nampak KRU main gig kat MCPA! Gila lah depa dah masuk underground ka?"

Okey, ayat terakhir tu aku tipu. Tapi dua ayat pertama memang ada terpacul keluar daripada mulut-mulut insan yang dengan bongkak dan tak ada rasa rendah diri mengaku pendengar dan pengikut tegar scene musik tanah air kita. Bukan aku nak katakan yang aku ini satu-satunya peminat sejati musik tanah air, yang apa aku katakan itu semua betul, tapi aku kadang-kadang rasa sedih sebab ada orang letakkan semacam satu sempadan lutsinar antara mainstream dan underground, yang mana kedua-dua ini tidak boleh bercampur sama sekali, seakan-akan telah dijatuhkan hukum haram oleh manusia.

Tak perlu wujud perbalahan disitu, kerana dua benda itu sebenarnya tidak ada beza, kalau diperhati dengan lebih teliti.

Okay. Apa itu musik? Apakah ada beza antara musik mainstream dan underground? Bagaimana bentuk rupa dan susunan bunyi untuk sesebuah musik underground? Dan bagaimana pula dengan musik mainstream? Berbeza?

Tidak.

Yang berbeza cuma genre sesebuah lagu. Mungkin ini yang telah disalah-ertikan oleh mereka-mereka yang mengaku peminat berani mati scene ini. Mereka memandang lagu-lagu nyanyian Siti Nurhaliza itu sebagai mainstream, dan musik ciptaan band Prognosis:Death contohnya, sebagai musik underground. Sebabnya Siti Nurhaliza menyanyi di atas pentas di dalam dewan banquet, dan Prognosis:Death menyanyi di dalam gudang. Konsert Siti tak boleh terkinja-kinja, duduk harus sopan tapi mereka boleh menari ikut nafsu apabila Prognosis:Death di depan mata.

Cuba letak Prognosis:Death di dalam dewan banquet, bermain ketika majlis makan malam,(walaupun aku rasa mungkin tak akan ada orang buat, kecuali majlis makan daging manusia dan minum darah kambing)* bolehkah anda melompat-lompat mengikut rasa hati anda? Dan cuba letak Siti di dalam dewan MCPA. Adakah anda akan duduk diam sahaja mengamati bait-bait lagu yang dinyanyikan?(mungkin tak ada orang akan mosh lagu Siti. Tapi hey, siapa tahu?)

Apa yang cuba saya katakan adalah musik itu sama. Tak ada sempadan lutsinar yang wujud dalam musik. Yang ada cuma perasaan tak puas hati dan tak boleh menerima kenyataan bahawa Hujan dah bawa musik mereka lebih daripada dewan MCPA dan gudang-gudang serta rumah-rumah tinggal yang dijadikan pentas untuk mereka persembahkan musik mereka dahulu. Hujan tetap Hujan. Mereka masih dengan musik mereka, cuma kali ini mereka sudah melangkah lebih daripada dewan MCPA.

Musik tidak harus ada label-label seperti ini. Musik adalah musik. Jangan kucarkan hanya kerana anda tidak puas hati mereka sudah established. Pop tetap pop, metal tetap metal, alternatif tetap altenatif, hardcore tetap hardcore, tak kira di mana dan oleh siapa mereka dimainkan.

Maaf kalau apa yang saya katakan ini salah, dan ada yang terasa hati. Ini hanya apa yang saya rasa.

*Maaf Prognosis:Death. He he he

No comments:

Post a Comment