"Mak, nak beli PlayStation."
"Mak, nak beli motor."
"Mak, nak duit nak keluar."
"Mak, nak tu, nak ni."
Ya, memang banyak gua pakai duit mak gua, sebab gua belum kerja lagi, tak mampu nak buat duit sendiri lagi. Tapi tu bukan poin dia.
Poin utama gua kat sini, gua nak cakap gua dah banyak menyusahkan mak gua. Gua mengaku, gua bukan anak paling baik kat dunia ni. Gua memang banyak buat salah kat mak gua. Tapi gua janji, selagi gua hidup, gua akan berusaha balas semua jasa mak gua walaupun gua tau gua takkan mampu.
Kepada mak, apeet sayang mak.
Selamat Hari Ibu.
Dengarkan lah lagu
Laguku ini
Ikhlas dari hati... Hanyalah untuk mu
Akulah anak mu
Anak mu yang selalu
Memelukmu...
Menciummu...
[Chorus:]
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan
Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...
Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahgia
Ingin ku nyatakan engkau milik syurga
[Chorus:]
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan
Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...
Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...
No comments:
Post a Comment