Aku duduk di bar, berbual dengan si gadis bartender, tentang hal ekonomi dan politik semasa, sambil menghirup McKenna. Si gadis bartender kata dia mahu jadi seorang gadis klasik. Klasik yang bagaimana, aku tanya. Klasik yang klasik, yang sudah tidak ada sekarang, yang hanya wujud di zaman piring hitam dan telegram. Kau berada di zaman yang salah, aku berkata. Ya, mungkin. Tapi aku tidak akan berputus asa untuk menjadi gadis klasik. Si gadis bartender membalas dengan senyuman.
Ya, aku pun tidak harus berputus asa. Dengan perasaan berkobar aku keluar mengharungi salji yang menebal.
nice one bro.. banyakkan macam ni. Kita macam ada dua kepala yang berbeza tapi isinya sama.
ReplyDeleteaite. aku try. thanks bro.
ReplyDelete