Tuesday, May 31, 2011

Gadis Klasik.

Aku duduk di bar, berbual dengan si gadis bartender, tentang hal ekonomi dan politik semasa, sambil menghirup McKenna. Si gadis bartender kata dia mahu jadi seorang gadis klasik. Klasik yang bagaimana, aku tanya. Klasik yang klasik, yang sudah tidak ada sekarang, yang hanya wujud di zaman piring hitam dan telegram. Kau berada di zaman yang salah, aku berkata. Ya, mungkin. Tapi aku tidak akan berputus asa untuk menjadi gadis klasik. Si gadis bartender membalas dengan senyuman.

Ya, aku pun tidak harus berputus asa. Dengan perasaan berkobar aku keluar mengharungi salji yang menebal.

Yuna 'Memo' (Yuna Inspired Music Video)


Yuna 'Memo' (Yuna Inspired Music Video) from Luey Motion Lab on Vimeo.


Video musik untuk Yuna Inspired. Memperkenalkan pemenang-pemenang pertandingan tersebut.

Sunday, May 29, 2011

TylcKooUns


Ahh, sudah lama benar rasanya gua tidak menonton teater. Kalau masa gua besar-besar ibu jari dulu, memang selalu sangat mak abah gua bawak gua menonton teater. Maklumlah, kerja di DBP. Mahu tak mahu, gua terpaksa ikut. Tapi gua bersyukur, hasil tindakan mak abah gua tu, gua jatuh cinta akan teater.

Ya, memang sudah lama gua tak ke DBP untuk menonton teater. Jadinya, alang-alang menyeluk pekasam, gua dengan rasa terujanya ke sana dengan membawa segerombolan manusia-manusia mati akal yang sememangnya mati akal duduk di rumah untuk menyaksikannya bersama. Sekurang-kurangnya ada juga aktiviti berfaedah yang boleh dikerjakan. Kan kan kan?




Gua malas nak cerita sinopsis, itu lu orang boleh google sendiri. Jangan malas. Apa yang gua boleh katakan di sini, gua kecewa. Kecewa akan masyarakat yang tidak tahu betapa bagus dan mendalamnya makna dan isi teater ini. Masa gua pergi tengok, dalam auditorium tu yang dikatakan boleh memuatkan 400++ manusia, gua rasa hanya kurang daripada 10 peratus yang hadir. Sungguh gua kecewa. 

Apapun, teater ini penuh dengan isi, yang akan buat lu orang berfikir sama ada betul atau tidak apa yang diperkatakan, apa yang dilakukan. Betulkah tindakan Long? Salahkah tindakan Manan? Siapa yang berjuang menegakkan kebenaran, Tuah atau Jebat? dan apakah agenda Cikgu Gadak? Sendiri fikir.

Gambar gua cilok dari :
gua.com.my
poskod.my

Terima kasih.

Oh ya, gua terjumpa Fared Ayam masa menonton teater ini. Akhirnya.

Sesi Seni Kosong Satu (01)


Sesi Seni Kosong Satu from shamin sahrum on Vimeo.


Ini adalah luahan hati ikhlas sahabat gua, Shamin Sahrum tentang video A. Samad Said berkolaborasi dengan Space Gambus Experimental yang gua tunjukkan pada dia dulu. Apa lagi gua boleh cakap? Salut!