Wednesday, November 30, 2011

Stereotaip.

Kadang-kadang, aku rasa aku tak patut masuk aliran ni. Aku bukan ada bakat pun. Kadang-kadang aku rasa aku tak patut masuk apa-apa aliran pun. Aku tak tau bakat aku apa. Musik, bukan aku hebat sangat. Seni? setakat lukis buah epal tu bolehlah. Literature? tulis certot pun dah habis kering pikir idea.

Aku banyak memerhati orang-orang hebat kat sekeliling aku. Aku tak pelik macam mana mereka boleh jadi hebat, sebab mereka punya bakat. Sebab itu mereka dalam golongan orang hebat. Orang yang tak ada bakat hanya akan jadi stereotaip dalam masyarakat. Ambil contoh, orang hebat dan berbakat akan mencipta sesuatu yang hebat, mari kita panggil sesuatu yang hebat itu Ciptaan A. Ciptaan A ini kita boleh ibaratkan sebagai sesuatu yang mantap, yang revolusionary dalam masyarakat kita sekarang ni. Semua ambil inspirasi daripada Ciptaan A ini. Kemudian datang pula seorang yang tak ada bakat, tapi rajin berusaha, membuat satu ciptaan berdasarkan Ciptaan A ini. Mari kita panggil Ciptaan B. Ciptaan B ini hampir serupa dengan konsep Ciptaan A, kerana Pencipta Ciptaan B mengambil inspirasi daripada Ciptaan A. Kemudian muncul pula Ciptaan C yang mengikut konsep Ciptaan B, dan diteruskan dengan Ciptaan D, E dan F. Nah, timbul stereotaip di sini.

Mari ambil contoh Ludwig Mies Van der Rohe dan Le Corbusier. Mereka dikatakan sebagai perintis dalam seni bina arkitektur moden pada zaman mereka. Sekarang, sudah dapat dilihat ramai arkitek-arkitek baru yang cuba mengikut cara disiplin mereka. Sudah banyak bangunan-bangunan yang berpaksikan senibina moden dibina. Ini adalah stereotaip.

Tapi harus diingat, stereotaip ada dua hasil, sama ada bagus, dipuji ataupun teruk, kemudian dikutuk sebagai peniru idea, atau plagiarism. Anda pilih mana yang sesuai bagi anda.

Jika dilihat dalam dunia musik, zaman sekarang sudah kurang susunan musik ciptaan sendiri, atau original. Kebanyakan lebih berpaksikan kepada pemuzik-pemuzik idola mereka. Ada yang suka Led Zeppelin, maka aliran musik mereka lebih ke arah Led. Ada yang suka The Beatles, maka aliran musik mereka lebih kepada Britpop. Metal, Psychedelic Rock, Pop, dan lain-lain adalah hasil ciptaan pemusik-pemusik terdahulu, yang mana dijadikan satu stereotaip oleh pemusik-pemusik sekarang.

Tapi jangan salah faham, stereotaip bukanlah sesuatu yang teruk, kalau kena dengan caranya. Mereka-mereka yang berkiblatkan sesuatu aliran sebenarnya adalah penyambung kepada legasi perintis aliran tersebut. Makanya, jika sesuatu aliran itu menjadi stereotaip, maka sesuatu aliran itu berjaya meracuni pemikiran-pemikiran masyarakat sedunia. Bukankah ia adalah satu kejayaan yang manis, bagi pencipta sesuatu aliran tersebut?

Sekarang aku tak tahu aliran stereotaip apa yang patut aku jadikan kiblat.

No comments:

Post a Comment