Bidadari itu aku jumpa sewaktu aku dalam penerbangan pulang ke kampung. Aku melihat bidadari itu sedang asyik leka berliburan di atas awan bersama dayang-dayang istana yang cukup gembira riak wajahnya. Aku mahu buka tingkap dan turut sama berkejar-kejaran dengan sang bidadari syurga itu namun pramugara di dalam pesawat yang aku naiki itu melarang. Pesawat ini bisa terhempas, dan seluruh isi perut pesawat akan tersedut keluar akibat tekanan udara, jika aku buka tingkap itu, kata sang pramugara. Aku terpaksa akur sambil sedih melihat sang bidadari syurga itu melambai-lambai ke arahku. Aku pasrah.
Sudah, aku dah tak ada idea nak sambung.
No comments:
Post a Comment