Awang berjalan seorang diri di Bukit Bintang. Seperti biasa, Awang berjalan tanpa tujuan. Atau mungkin itu tujuan Awang berjalan, untuk mencari tujuan untuk hidupnya yang tak punya tujuan. Awang mengeluh. Mengeluh akan nasib diri, dan kepanasan cuaca pada siang itu. Kadang-kadang Awang berharap dia berada di London. Di situ lebih sejuk, pikir Awang.
Sedang asyik Awang berjalan, sambil mengeluh kepanasan, dia terlihat satu susuk tubuh di celah-celah himpunan manusia lalu-lalang di depan McDonald's Bukit Bintang itu. Susuk tubuh itu amat memikat hati Awang. Rambutnya panjang mengurai, kulitnya putih bersinar, gebu. Awang sudah jatuh hati kepada sang gadis berkebaya merah berpayung kuning itu. Ya, Awang rasa dia sudah punya tujuan!
Namun, seperti kebanyakan manusia yang baru ketemu tujuan, Awang tidak tahu apa yang harus dilakukan. Awang hanya diam, tidak berganjak. Sang gadis juga diam, tidak berganjak. Hanya mata bertemu mata. Lama kelamaan Awang terasa cair. Dan cair. Dan cair, sehingga Awang menjadi lopak air, yang dipijak orang banyak.
Yang nh pun layan gak endingnya bro...best best, biar slow buat blog xpe, janji dia terisi over time, ak 2 tahun site ak tuh ko tau baru 28 post hahahaha, mmng pemalas, biarla intinya quality, apa ada pd quantity ; )
ReplyDeletethank you bro! itulah, aku dah tak berapa nak ada idea. kena cari yang betul-betul mantap. susah, nak botak kepala pikir. haha
ReplyDeletelagipun tulisan aku ni belum betul2 berkualiti lagi. tak boleh celen org2 kat luar sana lagi. kualiti tu susah nak dapat.
ReplyDeleteak rasa ko kene start baca lg r, bru idea tu bley generate bro
ReplyDeletemaksud kau, kena baca banyak lagi material?
ReplyDeleteyaaa betul, baca online je, tp pilih karya yg boleh develop writing ko la, ikut la klu ko ad admire auhor mana mana ke, ad cadangkn ko baca books by author orhan pamuk (penulisan dia descriptive) mcm ko gak, tp pasal turkey, tp cara dia tulis buat mcm ko kat sana, and chuck palahniuk, write mve fight club tu, asalnya buku, buku lain dia best gak bro
ReplyDeleteorait aku try. thanks bro!
ReplyDelete