Marina melangkah longlai ke dalam pejabat pengurusan. Selepas selesai memasukkan kata kunci di skrin komputer, Marina mencapai apron hijau dan topi hitam berlambang yahudi lalu melangkah ke ruang tengah kafe bersedia untuk mengambil pesanan pelanggan. Marina mengeluh, tanda bosan dengan kehidupannya. Hidup yang tiada perubahan dan cabaran. Marina perlukan sesuatu yang lebih daripada itu.
Sedang Marina mengeluh tentang nasibnya, tiba-tiba pintu kafe dibuka. Seorang lelaki berkumis nipis berambut kemas melangkah masuk. Lelaki itu memakai suit gaya Itali berwarna biru pekat dan berkaca mata gelap. Amat segak. Mungkin orang korporat, fikir Marina. Lelaki segak itu duduk di meja hujung dan mengeluarkan senaskhah The Greater Journey, oleh David McCullough. Tiba-tiba Marina merasakan sesuatu yang aneh, hatinya berdebar-debar. Perasaan, mungkin, kata Marina.
Marina melangkah ke arah lelaki tersebut. Pesanan, tuan? Tanya Marina sesopan mungkin. One Skinny Caramel Macchiato, please. Balas si lelaki dengan senyuman. Hati Marina bertambah berdebar. Marina melangkah ke dapur tanpa membalas senyuman si lelaki tersebut. Marina berpeluh-peluh. Marina cuba menenangkan dirinya.
Sebentar kemudian Marina kembali dengan secawan Skinny Caramel Macchiato di tangan. Marina meletakkannya di atas meja selembut mungkin. Marina cepat-cepat ke dapur tanpa sempat lelaki itu berterima kasih. Muka Marina merah padam. Hati Marina berdebar-debar. Marina tidak faham kenapa dia bereaksi begitu.
Kemudian Marina dipanggil untuk mengemas meja. Marina memberanikan diri untuk keluar. Marina lihat ke arah meja di hujung kafe tersebut. Kosong. Marina sedikit kecewa. Marina menagangkat cawan yang ditinggalkan di atas meja tersebut untuk dibawa ke dapur. Tiba-tiba sekeping kertas jatuh ke lantai. Marina mencapai kertas tersebut, dan Marina buka. Ada beberapa digit nombor dan sebuah nama, Callen. Marina memandang ke luar tingkap, sambil tersenyum.
Hidup Marina tidak lagi seperti dulu.
nice!
ReplyDeletethanks!
ReplyDelete