Jika difikir-fikirkan balik, kita selalu menyalahkan orang sekeliling atas apa yang terjadi. Jika projek tidak menjadi, bos di atas akan menyalahkan orang di bawah. Jika berlaku kemalangan, yang melanggar akan menyalahkan yang dilanggar, dan sebaliknya. Jika pasangan bergaduh, masing-masing menyalahkan masing-masing. Kenapa tidak menyalahkan diri sendiri?
Jangan salah faham. Gua bukan mintak lu orang sentiasa salahkan diri sendiri. Cuma gua hairan, kenapa kita tak boleh duduk semeja berbincang cari punca dan jalan penyelasaian? Lagi bagus daripada bertekak tak tentu hala.
Ini tidak, apa pun tak boleh.
Sebenarnya, gua sekarang tengah membuat kira-kira akan keadaan diri gua sekarang. Kenapa keadaan gua sekarang amat bercelaru. Mungkin kebanyakan orang bila ditimpa masalah, bergaduh misalnya, ataupun ditinggalkan kekasih, akan berkata,
"Siaplah kau. Nanti Tuhan akan balas perbuatan kau. Kalau tak pun nanti aku sendiri akan balas."
Kenapa perlu begitu? Kenapa kita sentiasa fikir yang kita ini tak bersalah? innocent? Kenapa perlu orang itu yang menerima balasan?
Tidak pernahkah kita terfikir bahawa apa yang terjadi itu sebenarnya balasan atas perbuatan kita terdahulu? Ya, mungkin. Dan mungkin apa yang terjadi kat gua sekarang ni adalah balasan atas apa yang gua buat dulu?
Tak kisahlah macam mana sekalipun gua berubah, tapi tu tak bermakna apa yang gua buat dulu juga berubah. What's done is done. Gua tak boleh tipu diri sendiri.
Ya, mungkin ni balasan atas apa yang gua pernah buat dulu.
No comments:
Post a Comment