Jika kamu diberi peluang, mana kamu akan pilih? Jalan ringkas, mudah, atau jalan liku-liku, memeningkan, yang kamu tak nampak mana hujungnya. Kebanyakan akan memilih jalan mudah. Siapa mahu susah, betul?
Tapi harus diambil peduli, jalan mudah tidak semestinya mudah. Dan jalan susah tidak semestinya susah. Meskipun jalan mudah itu nampak mudah, tapi hasilnya tidak semestinya mudah. Ada kebarangkalian jalan susah itu lebih mudah hasilnya. Lebih memberi impak. Lebih grand. Tapi aku tidak katakan semua jalan susah akan berakhir sebegitu rupa. Ada juga yang berakhir dengan susah sekali.
Konklusi di sini, bijak itu perlu ada. Bijak dalam pemilihan jalan. Semuanya terletak dalam tangan.
Aku juga harus bijak memilih jalan. Ya, harus.
No comments:
Post a Comment