Saturday, August 7, 2010

memori.

kalau boleh aku nak padam memori-memori yang aku tak mahu. senang bukan kalau ada punat on/off di kepala. memori yang tidak diperlukan, boleh masuk tong sampah. tapi hidup tidak semudah itu. tidak akan menjadi semudah itu.

aku ada memori yang aku ingin buang. tapi ironi sekali, memori yang aku suka pula yang terbuang. yang kejam-kejam semua tersimpan kemas di sudut kepala. kalau boleh aku mahu simpan semua memori itu dalam peti, kunci rapat-rapat, buka hanya bila perlu.

p/s : lepas tengok gambar-gambar lama, baru perasan baju aku banyak hilang. damn.

Friday, August 6, 2010

kempunan.

baru berjaya buka mata. setelah sehari lebih aku tahan mata dengan pencungkil gigi. maghrib terlepas, opening archifest pn terlepas. maaf kawan-kawan. inilah akibat kalau paksa diri.

oh, aku juga terlepas konsert slash di sunway. sekarang memasuki mod patah hati.

Tuesday, August 3, 2010

Genting : Trip Kebingungan.


The Beatles.

tiba-tiba aku teringat filem Across The Universe. serta merta aku capai ipod, on, scroll cari lagu beatles. ahh, sudah lama tidak mendengar lagu mereka. 


"if i fell in love with you, would you promise to be true"


serta merta terfikir, adakah wujud lagi cinta sejati pada zaman sekarang? cinta pada amatan aku boleh disamakan dengan duit. tiada duit, tiada cinta. itu apa yang aku lihat depan mata. maaf kalau aku salah.


"And I found that love was more than just holding hands"


sangat benar. 

Monday, August 2, 2010

Drugs.

akibat makan ubat, aku tertido, langsung terlepas crit session hari ni. damn you drugs. aku takkan makan ubat lagi lepas ni. sia-sia aku tak tido semalam!